Kedah kembali menemui sentuhan kemenangan apabila memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas bangkit daripada ketinggalan, sebelum membenam Melaka 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
Gol kemenangan hasil jaringan sendiri pertahanan Melaka, Jang Suk Won pada minit ke-71 memastikan skuad Lang Merah mengumpul 22 mata untuk mengatasi Selangor di kedudukan ketiga, selain memberi tekanan kepada Pahang yang mengumpul 25 mata di tangga kedua.
Namun, pada perlawanan itu, Melaka yang tidak tewas dalam empat aksi sebelum ini, terlebih dahulu di hadapan hasil jaringan bekas penyerang skuad Bawah 21 Tahun Serbia, Luka Milunovic pada minit ke-31, sebelum kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan pada minit ke-61.
Finalis Piala Malaysia 2018, Terengganu FC (TFC) pula terpaksa berpuas hati sekadar membawa pulang satu mata selepas terikat 1-1 berdepan Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Pemain yang baru sahaja menyarung jersi skuad Penyu, Mohamad Nabil Ahmad Latpi meledak gol keduanya dalam saingan musim ini pada minit ke-83, namun Felda United berjaya menyamakan kedudukan lima minit kemudian menerusi pemain import dari Jepun, Kei Ikeda.
Juara dua kali Liga Super, Selangor turut mengalami nasib sama apabila terikat 1-1 menentang PKNP FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, selepas gol pembukaan pemain import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun pada minit ke-29 dinafikan pada minit ke-47, menerusi gol penyamaan oleh G. Mugenthirran.
Dalam pada itu, aksi Liga Premier menyaksikan jaringan Mohd Nazrin Syamsul pada minit ke-85, membolehkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) merampas kedudukan selaku pendahulu selepas mengatasi Sarawak 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam.
Bagaimanapun, Sarawak terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi Bobby Gonzalez sebelum pemain import, Zarko Korac menyamakan kedudukan pada minit ke-28.
Pasukan di kedudukan kedua, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) terus buntu meraih kemenangan, apabila gagal menyaingi kehebatan Pulau Pinang selepas tewas 0-2 di laman sendiri.
Pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang itu, dua gol Pulau Pinang dijaringkan Sergio Fabian Aguero pada minit ke-33, sebelum Anselmo Arruda Da Silva menggandakan jaringan untuk mengesahkan kemenangan skuad Harimau Kumbang.
Dalam pada itu, Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang selepas mencatat kemenangan selesa 3-1 menewaskan Kelantan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Tiga gol skuad bimbingan jurulatih berpengalaman, Mohd Zan Mat Aris itu, masing-masing dijaringkan Jose Almir Barros Neto seawal minit keempat dan Igor Carneiro Luzi (minit ke-25 dan 27') sementara gol sagu hati Kelantan disumbangkan pemain muda kebangsaan, Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-67. -- Bernama
Bernama
Sat May 18 2019
Skuad Lang Merah mengumpul 22 mata untuk mengatasi Selangor di kedudukan ketiga, selain memberi tekanan kepada Pahang yang mengumpul 25 mata di tangga kedua. - Facebook/kedahfa.my
Amal Clooney nasihati ICC dapatkan waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas
Peguam yang juga isteri pelakon Hollywood, George Clooney itu merupakan penasihat khas ICC dalam kes memohon waran tangkap ke atas pelaku jenayah perang.
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.