PADANG TERAP: Projek Kedah Rubber City (KRC) bakal menjadi "game changer" dalam mentransformasikan negeri Kedah Darul Aman sebagai sebuah negeri maju sekali gus mampu merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kewujudan KRC mencerminkan momentum pertumbuhan serta kemajuan ekonomi negeri Jelapang Padi itu, yang mana dipacu sektor pertanian moden dan pintar selain pembuatan bernilai tinggi.
Ianya tidak lain, bermatlamat menjadikan KRC sebagai peneraju pembangunan industri getah negara serta hab industri getah bernilai tinggi di peringkat global.
"Sebelum ini, pembangunan berskala besar kebanyakannya hanya tertumpu di kawasan bandar, dan hari ini Keluarga Malaysia di kawasan luar bandar termasuk di Padang Terap juga mampu menikmati limpahan kemakmuran yang dicipta hasil daripada projek-projek strategik nasional seperti KRC.
"Berdasarkan lokasinya yang strategik di kawasan "Rubber Belt" sempadan Malaysia-Thailand, KRC juga akan memupuk kerjasama dan integrasi serantau yang lebih erat antara kedua-dua negara, serta dijangka menjadi penggerak dalam menghubungkan pengeluar- pengeluar getah utama di rantau ini di bawah platfom Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT).
"KRC juga akan menjadi pusat inovasi produk getah yang boleh membantu aktiviti hiliran dan huluan untuk sektor ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Projek Strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)- Kedah Rubber City (KRC) di Kuala Nerang pada Isnin.
Sementara itu, Ismail Sabri menyatakan sambutan terhadap KRC setakat ini amat menggalakkan selepas berjaya menarik pelaburan kira-kira RM4 bilion yang mana turut dijangka akan mewujudkan sekitar 7,000 peluang pekerjaan baharu.
Sehubungan itu, projek ini dilihat berada pada landasan tepat bagi mencapai sasaran pelaburan swasta bernilai RM10 bilion menjelang 2025 iaitu lima tahun lebih awal berbanding sasaran asal iaitu pada tahun 2030.
Ianya sekali gus mampu mewujudkan kira-kira 15,000 peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada penduduk di daerah Padang Terap malah di Kedah secara keseluruhannya.
"Rakyat setempat akan turut berpeluang mengambil bahagian melalui program-program modal insan berteraskan Keluarga Malaysia untuk menangani kemiskinan seperti program peningkatan kemahiran dan keusahawanan yang disediakan oleh NCIA seperti empowerNCER dan entrepreneurNCER.
"Mereka kini boleh mengambil bahagian dalam aktiviti rantaian bekalan penggiat industri yang bakal beroperasi di KRC khususnya, dan di negeri Kedah, amnya.
"Kesemua ini adalah sejajar dengan sasaran sifar miskin tegar menjelang tahun 2025 seperti mana yang digariskan di dalam dokumen RMK-12 selain selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia bagi memastikan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk seluruh rakyat," katanya.
Tambah Ismail Sabri, projek KRC bakal dibangunkan dalam dua fasa di kawasan seluas lebih 503 hektar yang mana fasa pertamanya, kini bersedia menerima kemasukan pelabur, manakala fasa dua dijadualkan bermula pada tahun 2023.
Kerajaan Persekutuan dengan sokongan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM417.5 juta bagi pembangunan fasa pertama KRC.
Susulan itu, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan terus bekerjasama bersama RISDA bagi memajukan serta membangunkan masyarakat pekebun kecil getah tempatan membabitkan seramai 73,642 pekebun kecil di Kedah termasuk 11,190 pekebun kecil di Padang Terap.
Abdul Hadi Che Awang
Mon Feb 07 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara Ke-28 di Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap hari ini. - Foto BERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.