Kerajaan Negeri Kedah menyasarkan kedatangan sejumlah 5.5 juta pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni Budaya dan Pembangunan Usahawan, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata sasaran itu mampu dicapai berikutan negeri ini memiliki banyak destinasi yang menarik untuk dikunjungi.
Katanya, bagi merealisasikan perkara itu kerajaan negeri sedang mempertingkatkan promosi dan merancang menganjurkan pelbagai acara sukan bertaraf antarabangsa yang mampu menarik lebih ramai pelancong terutama ke destinasi terkenal, Pulau Langkawi.
"Tahun depan kita akan beri lebih fokus kepada acara yang lebih besar dalam pelancongan sukan yang boleh melibatkan sehingga 10,000 penyertaan sebab itu saya sasarkan kita akan menerima empat juta pelancong di Langkawi dan sekitar 1.5 juta di tanah besar.
"Sebab, trend anak muda sekarang lain dari dulu, kerana mereka nak acara sukan. Sebab itu kita ada agenda besar untuk sport tourism dalam meningkatkan pelancongan negeri.
"Contohnya yang kita buat Regata, Iron Man, Le Tour De Langkawi dan sebagainya," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Hotel Darulaman di sini, pada Selasa.
Mohd Asmirul berkata, pengusaha hotel dan chalet di negeri ini juga disaran mengambil peluang itu dengan menawarkan pakej penginapan yang menarik dan selesa untuk para pelancong.
Beliau berkata, walaupun Pulau Langkawi menjadi destinasi pelancongan utama di negeri ini, kerajaan negeri turut memberi perhatian sewajarnya untuk mempromosi destinasi atau produk pelancongan lain yang ada di tanah besar.
"Sebab kadang-kadang pelancong tidak tahu dan kita perlu beritahu kepada mereka seperti sejarah di Masjid Zahir, Balai Seni, Muzium Negeri, Balai Nobat dan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang ada di Alor Setar," katanya.
Hotel Darulaman yang dimiliki Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Bhd itu telah beroperasi sejak Mac 2014 dan menawarkan 28 bilik dengan kadar sewa antara RM99 hingga RM165 semalam, lengkap dengan kemudahan untuk keselesaan pengunjung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 19 2019
Pantai Chenang merupakan tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara di Pulau Langkawi ini. - Gambar hiasan
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tak pernah beli rumah, Will.i.am hanya tidur di hotel
Tidak mempunyai rumah, kata Will.i.am lagi, adalah pilihan yang dibuat kerana berasa dirinya belum belum benar-benar sukses atau berjaya.
Kos meningkat, penggiat industri hotel mahu kerajaan tangani kadar caj rendah
Shaharuddin berkata ini juga berikutan kadar caj bilik hotel di Malaysia juga jauh lebih rendah berbanding negara jiran.
Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut
Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.
Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.
Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam
Pemeriksaan mendapati hanya 11 hotel membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam berkenaan.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.
Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh
Pengurus hotel mengesahkan bahawa Nurman mendaftar masuk ke premis itu berdasarkan salinan cetak borang pendaftaran pas dan invois.
Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual
Hamid Khan Samoon, 43, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.