ALOR SETAR:Kerajaan negeri Kedah menawarkan pinjaman mudah tanpa faedah kepada pengusaha pelancongan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan COVID-19 sejak tahun lepas.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pinjaman maksimum RM5,000 bagi setiap pemohon itu turut ditawarkan kepada golongan penghantar makanan (rider) terpilih.
"Kita jangkakan seramai 400 individu akan memohon, tak semestinya kena ambil RM5,000, mereka boleh mohon kurang daripada jumlah itu cuma tak boleh lebih," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, pada Rabu.
Menurutnya pinjaman berkenaan akan diuruskan Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) dan bayaran tunai akan terus dikreditkan ke akaun pemohon yang berjaya.
Sementara itu, beliau berkata kelulusan bagi bantuan modal menerusi Tabung Khas Wanita (TKW) Negeri Kedah untuk semua pemohon yang layak sebanyak RM500 seorang juga akan dipercepatkan.
Beliau berkata bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), dijangka 27 wanita boleh menerima bantuan menerusi tabung itu.
Sementara itu Muhammad Sanusi berkata dakwaan mengenai lebih 4,046 hektar (10,000 ekar) tanah bukit di Gunung Inas sudah ditanam dengan pokok durian, seperti yang tular dalam satu video baru-baru ini, adalah tidak benar.
Beliau berkata bagi kawasan di Gunung Inas, lebih kurang 5,000 hektar tanah diluluskan pada 2007 untuk dijadikan ladang hutan, yang sepatutnya ditanam dengan pokok seperti getah klon balak atau albasia.
"Daripada keluasan itu hanya 20 peratus (daripada 5,000 hektar) dibenarkan untuk ditanam dengan pokok durian," katanya.
Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang lelaki mendakwa sekurang-kurangnya 12,140 hektar tanah bukit di Gunung Inas sedang dibangunkan sebagai ladang durian, yang kononnya terbesar di dunia.
Muhammad Sanusi berkata pihaknya difahamkan bahawa ia adalah rakaman lama dan masih belum mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab di sebalik penularan video tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pinjaman maksimum RM5,000 bagi setiap pemohon itu turut ditawarkan kepada golongan penghantar makanan (rider) terpilih.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.