Kerajaan Kedah mengumumkan cuti peristiwa kepada penjawat awam di negeri ini pada Ahad (10 Julai) sekiranya Aidilfitri disambut pada Rabu.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.
Beliau berkata cuti tersebut bagi memberi peluang kepada penjawat awam di negeri ini untuk bersama keluarga masing-masing menyambut Aidilfitri sebelum kembali bekerja pada 11 Julai (Isnin).
"Mereka juga boleh mengatur jadual perjalanan mereka untuk sampai ke destinasi dengan selamat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Ini merupakan mesyuarat Exco pertama dipengerusikan Ahmad Bashah selepas dibenarkan keluar daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 23 Jun lalu selepas menjalani rawatan selama 18 hari di hospital berkenaan.
Sementara itu mengulas keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan usus pada 6 Jun lalu, Ahmad Bashah berkata kesihatannya amat baik dan doktor yang merawatnya membenarkannya untuk bertugas seperti biasa.
Beliau turut dinasihatkan oleh doktor untuk menjaga pemakanan selain mendapatkan rehat yang cukup.
"Terima kasih kepada rakan-rakan dan rakyat negeri ini yang mendoakan kesihatan saya dan kini saya boleh kembali menjalankan urusan pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya bersama kepimpinan kerajaan negeri akan menjalankan tugas dengan baik bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar. Marilah kita bersama-sama pupuk permuafakatan bagi memastikan negeri ini terus maju pada masa depan," katanya.
Bernama
Sun Jul 03 2016
SAYA SIHAT ... Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tengah) kelihatan ceria ketika tiba untuk mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman hari ini. - Gambar Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.