Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan persetujuan untuk menyandang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekali lagi bagi memenuhi sokongan majoriti penyokong Lang Merah.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini, yang mahukannya kembali memegang jawatan tersebut.
"Permintaan penyokong untuk saya kembali terajui jawatan itu tinggi walaupun ada yang rasa tidak sesuai, tapi masa ini kecenderungan saya adalah untuk terima tawaran sebagai Presiden KFA dan beri yang terbaik bagi membolehkan pasukan kita kembali menjulang piala kemenangan.
"Selepas menjadi Menteri Besar, memang saya diberi tanggungjawab seperti Presiden jadi saya ingat sudah alang-alang buat kerja, baik saya terus pegang jawatan tersebut. Tambahan pengurusan KFA juga berharap sangat saya kembali sebagai presiden," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya buat masa ini beliau akan menerajui KFA kecuali ada pihak lain yang berhasrat mahu menjadi Presiden dalam mesyuarat agung tahunan yang akan diadakan pada bila-bila masa nanti.
Sementara itu, Mukhriz berkata beliau merasakan terdapat seperti harapan yang memuncak diletakkan atas bahunya serta rakan-rakan lain bagi membolehkan membentuk sebuah pasukan yang jitu dan mantap.
"Ini tidak boleh dibuat seorang diri, perlu kerjasama semua pihak untuk menjayakannya. Ia memerlukan komitmen tinggi selain kos perbelanjaan yang besar tapi setakat ini semuannya baik jadi saya harap ia dapat diterjemahkan dalam bentuk kemenangan di padang.
Dalam pada itu, ditanya mengenai beberapa jawatan kosong dalam organisasi KFA, beliau berkata pihaknya sudah mempunyai nama-nama calon yang sesuai, namun ia masih sedang dalam pertimbangan dan akan diumumkan apabila dipersetujui kelak.
Pada 15 Mei lepas, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sah melepaskan jawatan sebagai Presiden KFA disusuli setiausaha kehormat Datuk Aminuddin Omar serta bendahari Datuk Yusof Ismail yang turut menghantar surat peletakan jawatan masing-masing pada 16 Mei.
Susulan itu, pada 16 Mei lalu Timbalan Presiden KFA Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah bersama Anggota Mesyuarat Eksekutif KFA telah berjumpa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk mencadangkan supaya beliau kembali menerajui persatuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 27 2018
Mukhriz berkata pihaknya sudah mempunyai nama-nama calon yang sesuai untuk mengisi beberapa jawatan kosong dalam organisasi KFA, namun ia masih sedang dalam pertimbangan. - Gambar fail
Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
Lebih 60 penunjuk perasaan ditahan usai perarakan di Athens
Difahamkan, kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan tahunan bagi memperingati Alexandros Grigoropoulos yang maut dibunuh.
Zoo Berlin umumkan nama anak panda kembar
Bersesuaian dengan tradisi Cina, nama yang dipilih ini turut mengandungi elemen nama ibu mereka iaitu Meng Meng.
[TERKINI] Vivy, suami mahu bersih nama
Vivy, suami percaya sistem kehakiman, ingin bersih nama
Air sudah surut, tapi masalah belum habis
Nur Fazlizai Ali, Wakil Astro AWANI Terengganu dan Abd Malik Muhammad, Penjawat Awam
AWANI Ringkas: Dadah | Konvensyen BN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kesihatan | Sukarelawan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Minyak pelincir terunggul untuk prestasi unggul
Lebih 25 tahun, Pennzoil menjadi jenama minyak pelincir yang diyakini memberikan pengalaman luar biasa dengan prestasi hebat berteknologi tinggi kepada pemandu Malaysia.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.