MELAKA: Sebuah kedai menjual peralatan dapur dan elektrik serta empat kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Seri Duyong 2 di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata sepasukan bomba dengan keanggotaan 35 orang digerakkan ke lokasi susulan panggilan kecemasan pada 12.23 tengah malam.
"Sejurus tiba di lokasi sembilan minit kemudian, didapati benar berlaku kebakaran kedai jenis separuh kekal yang berkeluasan 70x250 kaki persegi itu telah 80 peratus terbakar.
"Difahamkan pada waktu kejadian kedai telah ditutup dan kebakaran itu turut melibatkan dua kereta iaitu jenis Toyota Estima dan Proton Satria, satu lori jenis Isuzu dan satu van," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Muhammad Izwan Arief berkata api dapat dikawal kira-kira 3.40 pagi hasil operasi pemadaman oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil dibantu BBP Padang Temu, BBP Melaka Tengah, BBP Ayer Keroh dan BBP Tangga Batu.
Operasi itu tamat sepenuhnya pada 1.17 tengah hari selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya dan tiada risiko berbahaya telah dipastikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024

Operasi itu tamat sepenuhnya pada 1.17 tengah hari selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya dan tiada risiko berbahaya telah dipastikan. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 20 Mei 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 20 Mei 2025
1️⃣ Pemandu lori terlibat didakwa curi lembu
2️⃣ Polis siasat portal berita dakwa penemuan mayat Pamela
3️⃣ Latihan simulasi di laluan utama ASEAN-GCC, esok
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu lori terlibat didakwa curi lembu
2️⃣ Polis siasat portal berita dakwa penemuan mayat Pamela
3️⃣ Latihan simulasi di laluan utama ASEAN-GCC, esok
#awaniringkas

Perunding dagangan emas didakwa terima deposit lebih RM1 juta tanpa lesen sah
Seorang perunding perdagangan emas dan pertukaran wang asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima deposit berjumlah RM1.18 juta tanpa lesen sah.

Sultan Nazrin berkenan sampai anugerah cemerlang Universiti Malaya
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) berkenan menyampaikan anugerah kepada warga UM dan badan korporat pada majlis ACUM 2024 di sini hari ini.

Jelajah 'Kita Keadilan' platform untuk penyatuan, perkukuh PKR - Fuziah
Siri Jelajah "Kita KEADILAN" yang berakhir pada Ahad di Sarawak, berfungsi sebagai platform untuk menyatupadukan dan mengukuh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

DUN Sarawak lulus RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025
RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang dibentangkan pada Persidangan DUN Sarawak hari ini bertujuan menyediakan mekanisme rasmi bagi pendaftaran tanah wakaf dalam rekod daftar tanah.
Agenda AWANI: Operasi 'Gideon's Chariots' | Israel Gempur Gaza!
Bumi Gaza terus bermandi darah dengan serangan terbaharu Israel menerusi operasi ‘Gideon’s Chariots’ melalui jalan darat. Apa pula alasan dan ‘muslihat’ terbaharu di sebalik serangan Zionis kali ini? Diskusi 9 malam

Warga emas disaran dapatkan vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan terpilih
Warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik disaran mendapatkan vaksin influenza secara percuma menerusi program Imunisasi Influenza Warga Emas di fasiliti kesihata
![[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik [KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-05/51747733247_tbperhimpunanPKR.jpg)
[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik
KEBERANIAN PKR DALAM MENCORAKKAN MASA DEPAN POLITIK

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajib dipertandingkan - Syed Rosli Jamalullail
UMNO Cawangan Pandan Tengah menegaskan, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti wajib dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026 nanti.

Kira-kira 100 trak bantuan dilulus masuk ke Gaza - Pejabat Kemanusiaan PBB
Jurucakap OCHA Jens Laerke berkata pihaknya telah memohon dan menerima kelulusan untuk lebih banyak trak masuk hari ini.

Kebakaran ragut 17 nyawa di bandar Hyderabad, India
Sekurang-kurangnya 17 orang terkorban dalam insiden kebakaran bangunan di bandar Hyderabad, selatan India, pada Ahad.

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Ipoh
Seorang warga emas rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Lorong Tebing Tinggi 2, Kampung Tebing Tinggi awal pagi tadi.

Ibu luah rasa terkilan, tidak sedar anak tertinggal dalam kebakaran
Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang itu, anak keempat daripada lima beradik itu ditemukan terbaring di sebuah bilik yang terbakar.

Poland tuduh Rusia dalang kebakaran pusat beli-belah Warsaw
Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, menyatakan bahawa kebakaran itu adalah hasil perbuatan khianat yang diarahkan oleh pihak Rusia.

Bangunan kedai dua tingkat terbakar 80 peratus di Petaling Jaya
JBPM Selangor terima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 9.26 malam.

Awan toksik di Sepanyol: Perintah berkurung bagi 150,000 penduduk ditamatkan
Penduduk diarahkan kekal di dalam rumah serta menutup tingkap dan pintu sejak awal pagi Sabtu sebagai langkah berjaga-jaga.

14 kanak-kanak ditahan di utara England selepas remaja maut dalam kebakaran
Kebakaran berlaku berhampiran taman perindustrian Fairfield di kawasan Bill Quay, Gateshead pada petang Jumaat.

Tiga rumah terbakar, warga emas terperangkap diselamatkan
Kebakaran berlaku melibatkan tiga buah rumah selain memusnahkan sebuah kereta jenis Toyota Camry.

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru
Tiga rumah yang menempatkan 12 penghuni musnah dalam kejadian kebakaran di Pintasan Raja Muda Musa 4, Kampung Baru pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 3 maut akibat gangguan elektrik di Sepanyol
Polis sedang menyiasat kemungkinan keracunan karbon monoksida akibat penggunaan generator elektrik yang rosak sebagai punca kematian.