Bukan sekadar menjalankan perniagaan makanan, pengusaha kedai makan di kawasan perindustrian terutama di kawasan pedalaman dikesan turut membekalkan perkhidmatan seks kepada pelanggan mereka yang rata-rata terdiri daripada pekerja kilang.
Tujuannya mudah, untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda, pelayan yang asalnya digaji untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan di kedai makan, turut digajikan sebagai pelacur.
Kegiatan itu dikesan dalam serbuan dijalankan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman di beberapa buah negeri termasuk Perak.
Ketua Penolong Pengarahnya Datuk Abdul Jalil Hassan berkata terdapat sesetengah tempat perindustrian seperti kilang-kilang yang mempunyai kedai makan terutama di kawasan pedalaman, menawarkan khidmat seks untuk memastikan pekerja kilang ini menjadi pelanggan tetap di kedai makan berkenaan.
“Wanita-wanita ini selepas mengambil pesanan dan menghidangkan makanan, jika pelanggan berminat boleh dibawa untuk berhibur termasuk mengadakan hubungan seksual. Pelayan merangkap pekerja seks ini bekerja ikut syif, ada syif malam dan siang ikut waktu habis kerja pekerja-pekerja kilang.
“Tujuannya untuk tarik pelanggan sebab mereka tahu di kawasan-kawasan industri seperti ini, pekerja adakalanya memerlukan hiburan, jadi dengan cara ini pekerja tidak perlu ke bandar untuk makan atau mendapatkan khidmat seks.
Katanya bayaran yang dikenakan sekitar RM100 hingga RM150 untuk setiap perkhidmatan dan pelanggan mereka terdiri daripada pelanggan tetap antaranya warganegara Indonesia dan Bangladesh.
Berdasarkan statistik dari Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 24,995 serbuan Ops Noda dijalankan berbanding tahun lepas sebanyak 19,832 serbuan.
Daripada jumlah itu, Kuala Lumpur merekodkan serbuan tertinggi iaitu 5,147 serbuan berbanding tahun lepas yang direkodkan negeri Johor Baharu sebanyak 4,336 serbuan dalam tempoh sama.
Dalam tempoh yang sama (Jan-Jun 2013), statistik turut merekodkan wanita warganegara China paling ramai ditahan terlibat dalam kegiatan pelacuran iaitu seramai 2,032 diikuti wanita Vietnam (1,849), Thailand (1,390), Indonesia (580) dan Filipina (245).
Abdul Jalil berkata berdasarkan operasi dan pemantauan polis, wanita Vietnam dilihat menunjukkan peningkatan terlibat dalam kegiatan pelacuran.
“Kami lihat trend peningkatan ini sejak tahun lepas, perkhidmatan penerbangan pengangkutan yang menawarkan pakej tambang murah dari beberapa buah bandar besar Vietnam terus ke Terminal Pengangkutan Tambang Murah (LCCT) seperti bandar Ho Chi Minh, menjadi faktor.
“Ini boleh disalah guna sindiket pelacuran antarabangsa untuk membawa masuk pekerja seks ke negara ini dan ia dikhuatiri tidak dapat disekat apatah lagi sekiranya mereka menggunakan pas lawatan sosial mahupun pelajar, katanya.
Abdul Jalil berkata sehubungan itu, polis terus menjalankan serbuan dan tangkapan dalam mengekang unsur-unsur negatif seperti ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat.
“Kami juga ada jalankan kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan mereka yang pernah ditahan atas kesalahan menjalankan aktiviti kurang sihat seperti ini disekat kemasukan semula mereka ke Malaysia.
“Selain itu, kerjasama turut dijalankan dengan pihak kedutaan beberapa buah negara yang merekodkan warganegaranya paling tinggi terlibat dalam kegiatan pelacuran dan hasilnya kami pernah menyelamatkan wanita-wanita daripada dieksploitasi sebagai pekerja seks,” katanya.
Bernama
Sun Aug 11 2013
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
Kedai makanan, serbaneka dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam
Semua restoran, gerai dan outlet menjual makanan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang bermula Rabu.
Enam kedai makan di Chukai terbakar
Enam buah kedai makan di Medan Selera Kampung Tengah di Chukai musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.
Kedai makan tawar khidmat seks
Bukan sekadar menjalankan perniagaan makanan, pengusaha kedai makan di kawasan perindustrian turut membekalkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.