Skip to main content

Malaysia

Kedai serbaneka musnah terbakar di Kajang

Api marak membakar sebuah kedai serbaneka yang menjual peralatan rumah di Kajang pada Jumaat._Sinar Harian
Api marak membakar sebuah kedai serbaneka yang menjual peralatan rumah di Kajang awal pagi ini. - Foto Sinar Harian

KAJANG: Sebuah kedai serbaneka yang menjual peralatan rumah musnah dalam kebakaran berhampiran sebuah restoran di sini hari ini

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 4.41 pagi.

Advertisement

"Seramai 19 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang serta bantuan BBP Bangi dan BBP Semenyih bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh sembilan kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya pihak bomba di lokasi tujuh minit kemudian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kedai serbaneka yang dikategorikan sebagai bangunan kelas B.

“Operasi pemadaman sedang dijalankan oleh anggota bomba bagi mengawal dan memadam kebakaran,” katanya. - Sinar Harian

 

Must Watch Video