awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedatangan pelancong meningkat kepada 13.03 juta orang setakat Jun

Bernama
Bernama
06/10/2016
14:29 MYT
Kedatangan pelancong meningkat kepada 13.03 juta orang setakat Jun
NAZRI: Jumlah peningkatan itu boleh ditingkatkan sehingga tujuh peratus.
Jumlah kedatangan pelancong ke negara ini setakat Jun merekodkan peningkatan sebanyak 3.7 peratus kepada 13.03 juta orang berbanding tempoh sama 12.56 juta yang direkodkan tahun lepas.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kedatangan pelancong merekodkan peningkatan meskipun bajet yang diperuntukkan kepada kementerian dikurangkan.
"Pada saya jumlah itu boleh ditingkatkan sehingga tujuh peratus.
"Sektor pelancongan memerlukan peruntukan yang banyak untuk mempromosikan sektor ini," katanya ketika melakukan lawatan kerja ke kawasan Dewan Undangan Negeri Linggi, di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau yakin penularan virus Zika di negara ini tidak akan menjejaskan jumlah kedatangan pelancong luar negara ke Malaysia.
"Walaupun ia dilaporkan di akhbar (kes Zika) di negara ini dan jelas menunjukkan kes ini ada di sini, tetapi ia belumlah di tahap menjejaskan kerana itu pelancong tetap datang kerana mereka rasa ia bukanlah perkara yang menakutkan. Tetapi kita di kementerian tetap membuat pemantauan berkaitan isu itu dari semasa ke semasa," katanya.
Sehingga kini, sebanyak lapan kes penularan virus Zika dilaporkan di negara sejak ia mula menular pada September lepas.
Terdahulu Nazri dalam ucapannya mengumumkan peruntukan sebanyak RM360,000 bagi kerja membaik pulih Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Linggi yang menempatkan Batu Megalit dan Makam Sheikh Ahmad Majnun.
"Kita bagi peruntukan baik pulih berbentuk one-off, selepas ia dibaik pulih, kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk jaga dan selenggara," katanya.
Topic Berkaitan
#kedatangan pelancong
#nazri abdul aziz
#pelancongan
#Tourism Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan