Kedudukan bekalan air di Lembah Klang pada masa kini berada pada tahap membimbangkan berikutan rizab margin bekalan air berada pada paras hanya kira-kira dua peratus.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kedudukan itu rendah berbanding rizab margin bekalan air selesa yang disarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu pada 10 hingga 15 peratus.
"Keadaan ini menyebabkan 593 projek pembangunan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak dapat diluluskan SPAN ekoran bekalan air yang tidak mencukupi.
"Kesannya, projek-projek ini terpaksa ditangguhkan dan menjejaskan pembangunan yang telah dirancang," katanya menjawab soalan Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Abdul Rahim mahu kementerian menyatakan setakat mana masalah bekalan air di Lembah Klang menjejaskan pembangunan ibu negara.
Sebagai langkah jangka panjang bagi memastikan masalah bekalan air di Kuala Lumpur tidak berterusan, Mahdzir berkata kerajaan melaksanakan Skim Bekalan Air dari Pahang ke Selangor yang merangkumi dua komponen iaitu Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor dan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).
"Pembinaan LRAL2 juga masih di tahap 20.65 peratus berbanding jadual iaitu 24.91 peratus, katanya.
Sehingga semalam, Mahdzir berkata pegawai kementerian telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai kerajaan negeri Selangor bagi mencari penyelesaian kepada beberapa perkara termasuk yang melibatkan penstrukturan semula air.
Beliau juga menarik perhatian bahawa Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Klang Gate, Tasik Subang, Sungai Langat dan Sungai Semenyih tidak dapat menampung keperluan kira-kira dua juta pengguna domestik dan industri di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Mahdzir turut menggesa masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap penjagaan sungai yang merupakan sumber asas bekalan air.
Bernama
Tue Jul 07 2015
Kedudukan bekalan air di Lembah Klang pada masa kini berada pada tahap membimbangkan berikutan rizab margin bekalan air berada pada paras hanya kira-kira dua peratus.
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Kedudukan bekalan air di Lembah Klang membimbangkan
Kedudukan bekalan air di Lembah Klang pada masa kini berada pada tahap membimbangkan berikutan rizab margin bekalan air berada pada paras hanya kira-kira dua peratus.