awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan UTP terus melonjak dalam QS World University Rankings 2024

Bernama
Bernama
30/06/2023
20:40 MYT
Kedudukan UTP terus melonjak dalam QS World University Rankings 2024
UTP memaklumkan pencapaian ketara itu telah mengukuhkan kedudukan universiti sebagai institusi terkemuka dalam landskap pengajian tinggi global. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) mencapai kedudukan yang mengagumkan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024, apabila melonjak kepada 307 berbanding kedudukan sebelum ini, iaitu 361.
UTP dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan pencapaian ketara itu telah mengukuhkan kedudukan universiti sebagai institusi terkemuka dalam landskap pengajian tinggi global.
"World University Rankings QS 2024 menilai sejumlah 2,963 institusi di seluruh dunia, dengan 1,500 institusi disenaraikan. Lonjakan luar biasa UTP ini meletakkannya dalam kalangan 21 peratus terbaik di seluruh dunia, membuktikan komitmen berterusan universiti terhadap kecemerlangan dalam pendidikan dan penyelidikan," menurut kenyataan itu.
Prestasi cemerlang UTP dalam kedudukan itu adalah berdasarkan oleh domain berprestasi tingginya, iaitu dalam pemetikan, Reputasi Akademik dan Reputasi Majikan.
Domain tersebut menunjukkan komitmen cemerlang universiti terhadap penyelidikan yang memberi impak, pengiktirafan dengan komuniti akademik dan melahirkan siswazah berkualiti tinggi dan sangat dicari untuk pelbagai industri global.
Sementara itu, Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dalam kenyataan sama berkata pencapaian itu membuktikan usaha berterusan universiti dalam menyampaikan pendidikan yang luar biasa, hasil penyelidikan dan keseluruhan pengalaman pelajar.
Beliau berkata pencapaian itu juga menunjukkan komitmen UTP untuk menjadi institusi yang diiktiraf di peringkat global sekali gus menyumbang kepada kemajuan pengetahuan dan pembangunan mampan.
"Selain itu, UTP berbangga untuk menyelaraskan universiti dengan inisiatif peralihan tenaga Petronas untuk menuju ke arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang 2050 sebagai sebahagian daripada aspirasi kami ke arah keunggulan global yang mampan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Universiti Teknologi PETRONAS
#NZCE
#pembangunan mampan
#World University Rankings 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan