awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
5 maut akibat demam berdarah Crimean-Congo di Pakistan tahun ini
MALAYSIA
Whistleblower: Memahami prosedur perlindungan pemberi maklumat
MALAYSIA
Institut Audit Oman mahu jalin kerjasama strategik dengan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kedutaan, Saudia Airlines bincang usaha bawa pulang rakyat Malaysia

Bernama
Bernama
30/03/2020
01:57 MYT
Kedutaan, Saudia Airlines bincang usaha bawa pulang rakyat Malaysia
Saudia Airlines bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh berusaha sediakan penerbangan pulang rakyat Malaysia. Gambar fail.
Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan syarikat penerbangan Saudia Airlines sedang berusaha bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali ke tanah air.
Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, menerusi satu kenyataan berkata, syarikat penerbangan itu bercadang mendapatkan jumlah rakyat Malaysia bagi membuka penerbangan untuk membawa keluar mereka dari Arab Saudi.
Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang berhasrat pulang ke tanah air diminta memaklumkan nama, nombor pasport, nombor telefon serta cadangan lapangan terbang berlepas dari Arab Saudi (sama ada lapangan terbang di Riyadh atau Dammam) melalui pautan https://forms.gle/Jt4U4rKAmyP83HsMA.
Menurut kenyataan itu, maklumat berkenaan perlu dikemukakan bermula dari hari ini hingga 1 April.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha pihak Kedutaan dan Saudia Airlines bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali ke tanah air," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, tarikh perjalanan, kos tiket penerbangan dan kaedah pembelian tiket penerbangan masih belum diputuskan Saudia Airlines pada masa ini, besar kemungkinan notis jadual penerbangan akan diumumkan dalam tempoh terdekat. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#COVID-19
#Kedutaan Malaysia
#koronavirus
#penerbangan
#penerbangan pulang
#rakyat Malaysia
#Riyadh
#Saudia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami