Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan ketiadaan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat berhubung isu hudud adalah satu masalah besar yang perlu dinilai rakyat.

Beliau berkata , masalah itu sekaligus memperlihatkan parti pembangkang gagal memberi penjelasan yang sepatutnya berhubung isu itu.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata, sehingga ke hari ini, tiada keputusan dicapai berhubung isu itu terutama di kalangan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Ujar beliau, isu itu sepatutnya diperjelaskan terlebih dahulu kepada rakyat dan bukannya hanya pandai menerangkan manifesto semata -mata.

Beliau yang melakukan lawatan kerja ke Perlis, berkata, negeri itu akan kekal menjadi kubu kuat BN berdasarkan sokongan yang meningkat dalam kalangan rakyat.