awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Cubaan seludup 56.81 kg dadah RM5.56 juta guna kurier udara di KLIA gagal
MALAYSIA
Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara didakwa terima suapan kereta mewah
DUNIA
AMNC25: Graham Allison beri amaran mengenai hakisan kawalan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kehadiran haiwan liar ancam penduduk

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
09/07/2024
02:20 MYT
Sponsor Banner
Kehadiran haiwan liar ancam penduduk
Fadhil menunjukkan buah yang dimakan haiwan liar di kebun penduduk. - Astro AWANI
KULIM: Lebih 5,000 penduduk dari lima buah kampung di kawasan Sedim di sini bimbang dengan ancaman haiwan liar seperti monyet, anjing, dan babi hutan yang merosakan tanaman, dusun dan rumah.
Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Padang Ubi, Inche Borhan Ahmad, 57, berkata disebabkan itu sebahagian penduduk terpaksa mengambil langkah sendiri dengan memasang perangkap seperti racun dan menggunakan mercun bola untuk mengusir haiwan liar berkenaan daripada merosakkan tanaman mereka.
Katanya, kampung yang terjejas adalah Kampung Patong dan Kampung Petani, Kampung Padang Ubi, Kampung Bikan dan Kampung Bikan Atas sehingga terjadi insiden membabitkan dua beradik berusia 2 dan 3 tahun yang termakan makanan ringan berupa keropok dipercayai mengandungi racun tikus.
“Kebanyakan penduduk kampung yang juga pemilik kebun di sini mengambil pelbagai cara antaranya meletakkan racun dalam makanan ringan, buah atau ayam bagi menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman.
"Saya sendiri tidak menyangka kejadian yang menimpa dua beradik itu yang kini kritikal selepas dipercayai makan keropok yang di letakkan racun.
"Selain itu kami sudah memaklumkan kejadian itu kepada pihak berwajib sejak lapan bulan lalu namun setakat ini tiada sebarang tindakan diambil," katanya ketika ditemui di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini.
Sementara itu, bekas Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Bikan, Fadhil Bidin berkata, masalah kehadiran haiwan liar ini makin menjadi-jadi sehingga ada monyet dan anjing yang berani masuk ke dalam rumah dan merosakan barangan penduduk.
“Kami telah buat pelbagai cara untuk menghalau haiwan-haiwan ini namun mereka makin membiak dengan banyak sehingga ada yang datang berkumpulan masuk ke kampung.
“Kita boleh tengok kesan yang dilakukan meninggalkan bekas kerosakan denga buah dimakan dan dibuang, tanaman dilanyak sehingga mati,” katanya.
Semalam Astro AWANI melaporkan, dua beradik berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas makan makanan ringan berupa keropok yang digantung pada dawai berpagar dipercayai mengandungi racun tikus.
Bungkusan makanan ringan iaitu keropok itu dipasang di kawasn itu oleh pemilik kebun untuk tujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman di kebun miliknya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi yang dihubungi berkata, setakat ini polis sudah pun mengambil keterangan beberapa jiran berhampiran untuk membantu siasatan.
Muhammad Akil Syauqi, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, kini masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP di Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#haiwan liar
#racun
#penduduk kampung
#tanaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami