KUALA LUMPUR: Sedekad lalu atau paling tepat pada 8 Mac 2014, menjadi tarikh 'paling suram' dalam industri penerbangan selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 hilang tanpa jejak daripada radar.
Perit untuk ditelan, tetapi realitinya, pesawat itu yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dilapor berakhir di selatan Lautan Hindi.
Insiden ini mengejutkan dunia dan menjadi salah satu misteri penerbangan paling kompleks dalam sejarah.
BACA: MH370: Malaysia sedia buka semula kes sekiranya ada bukti baharu - PM
BACA: MH370: MOT usaha dapatkan kelulusan Kabinet sambung kontrak dengan Ocean Infinity
BACA: 9 tahun kehilangan MH370, ini 12 perkara yang perlu anda tahu
Hari ini, genap sedekad sejak tragedi itu berlaku tetapi kesedihan dan ketidakpastian masih meresapi hati keluarga mangsa.
Sepuluh tahun yang penuh teka-teki meninggalkan keluarga mangsa dalam 1,001 persoalan yang belum ternoktah.
Menurut Intan Maizura Othaman, 44, ketika kejadian berlaku dia sedang hamil anak lelakinya, Muhammad.
Isteri kepada pramugara, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan itu berkata, kini anaknya itu sudah 'sebaya' dengan tarikh kehilangan pesawat malang tersebut.
Seperti kebanyakan waris lain, Intan Maizura juga reda dengan ketentuan Ilahi tetapi apa yang masih ditagihnya ialah jawapan.
"Saya fikir fitrah manusia ialah memang nak tahu jawapan. Kalau benda itu hilang (pesawat), harap satu hari nanti ada 'whistleblower' yang akan beritahu kami perkara sebenar yang berlaku kepada mereka (mangsa).
"Itu lah harapan kami selama 10 tahun ini.
"Ujian ini bukan senang dan saya tahu masih terdapat ibu, bapa, kakak, abang, atau anak-anak yang masih lagi bersedih. Saya tahu perkara ini bukan mudah. Tetapi sebagai seorang Islam, lebih mudah kalau kita terima kejadian ini seikhlasnya," katanya ketika ditemui Astro AWANI, baru-baru ini.
Bekas pramugari itu menambah, masa yang berlalu tidak sedikit pun memudarkan rasa rindu terhadap orang tercinta.
"Hari-hari kita rindu, cumanya sedekad itu macam besar. Menunjukkan bahawa kejadian ini sebenarnya dah lama. Saya sekarang sudah 44 tahun. Nak kata rindu, sayang... semua masih sama," luah lagi.
Ditanya bagaimana dia membesarkan dua anaknya sejak kehilangan suami, usahawan itu berkata Iman, 15, dan Muhammad, 10, melalui fasa yang sama iaitu menangis dan mencari jawapan mengenai keberadaan bapa mereka.
Dalam masa sama, Intan Maizura secara peribadi mengakui tidak boleh menerima sepenuhnya kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan kehilangan MH370.
"Apa yang disimpulkan itu, saya tak terima. Saya sendiri pun kabin kru dulu.
"Tetapi saya terima sekiranya mereka itu sudah meninggal dunia. Itu lah kalau orang nak dengar sebenarnya. Kalau pun mereka sudah meninggal dunia, kami sekeluarga sudah terima dengan redanya. Sekiranya satu hari, ia berlaku keajaiban, syukur Alhamdulillah. Tetapi kalau tidak ada, syukur Alhamdulillah," katanya.
'Pencarian tidak boleh terhenti begitu saja'
Sementara itu, isteri kepada pramugara Junaidi Mohd Kassim, Norazlinda Ayub, 48, berpandangan masih banyak usaha yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk merungkai tragedi MH370.
"Sebenarnya perasan kita macam 'roller coster', sekejap okey... sekejap naik dan sekejap turun.
"Kalau nak kata berpuas hati itu (dengan usaha pencarian), tidak lah. Saya fikir banyak lagi usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan dari segi pencarian.
"Sebabnya ada masa tertentu, ia diberhentikan. Kita boleh reda dan terima tetapi ia tidak hanya boleh berhenti di situ," katanya.
Berkongsi lanjut, Norazlinda berkata, dia dan dua anaknya, Hareez Danni, 21, dan Hani Daleeya, 17, meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun belum secara jelas mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada MH370.
"Apa yang menggembirakan anak-anak, itu yang saya teruskan. Kepentingan itu adalah kepada apa yang mereka rasa. Tetapi bila mereka dah besar ini lain sikit sebab mereka pun tercari-cari jawapan itu," katanya.
'Kami mahukan kebenaran'
Bagi warga China, Bai Zhong pula, dia menggesa Kerajaan Malaysia dan agensi berkaitan agar memberikan kebenaran kepada waris-waris berhubung kehilangan MH370.
"Pada masa yang sama, kami tanpa jemu mencari kebenaran: Apa yang berlaku kepada MH370? Mana orang yang kami sayang?
"Setakat ini, ia masih menjadi misteri yang tidak dapat diselesaikan. Kami tidak mahu spekulasi semata-mata.
"Kami mahukan bukti dan kebenaran. Oleh itu, kami sekali lagi menggesa Malaysia dan agensi berkaitan supaya tidak menghentikan siasatan dan memberikan kebenaran kepada keluarga kami secepat mungkin," kata suami kepada Hou Aiqin itu, yang merupakan salah seorang penumpang pesawat berkenaan.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada hari yang sama.
Begitu pun, pesawat itu hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam selepas berlepas.
Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di kawasan berkeluasan berjuta-juta kilometer persegi di selatan Lautan Hindi namun bangkai pesawat MH370 gagal ditemukan
Tragedi ini membawa bersama pelajaran berharga tentang keperluan untuk mengutamakan keselamatan penerbangan.
Semoga waris mangsa menemui jawapan yang dicari di sebalik misteri kehilangannya.
Selamat malam MH370!
Hasimi Muhamad
Thu Mar 07 2024
Hari ini, genap sedekad sejak tragedi itu berlaku tetapi kesedihan dan ketidakpastian masih meresapi hati keluarga mangsa. - Foto/AWANI
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kehilangan MH370: 'Hari-hari kami rindu' - Waris mahu misteri dirungkai
Hari ini, genap sedekad sejak kehilangan MH370 tetapi kesedihan dan ketidakpastian masih meresapi hati keluarga mangsa.