awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehilangan warga Britain sudah dimaklum kepada pihak kedutaan - Polis

Bernama
Bernama
01/06/2014
08:44 MYT
Kehilangan warga Britain sudah dimaklum kepada pihak kedutaan - Polis
HILANG: 30 orang pasukan penyelamat sedang giat mencari Gareth David Huntley.
Polis Pahang telah memaklumkan kepada pihak kedutaan British di negara ini tentang kehilangan seorang warganya di Pulau Tioman pada 27 Mei lalu, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab Ghani.
Sehubungan itu beliau menolak anggapan bahawa pihaknya tidak memaklumkan perkara itu kepada keluarga mangsa dan tidak serius dalam usaha mencarinya.
Kini lebih 30 orang pasukan penyelamat yang diketuai Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya, yang terdiri daripada anggota polis, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela, Jabatan Hutan dan penduduk tempatan sedang giat mencari mangsa, katanya. Anggota sukarelawan itu Gareth David Huntley, 34, didapati hilang apabila pergi bersendirian ke kawasan air terjun Lubuk Teja di pulau itu.
Mangsa menetap di chalet Projek Penyu Juara di Kampung Juara di pulau itu. Sharifuddin berkata mangsa didapati membawa semua dokumennya semasa ke kawasan air terjun itu.
Beliau juga melahirkan rasa hairan kenapa pemilik chalet berkenaan tidak mendaftar nama mangsa semasa dia mendaftar masuk dan menginap.
Topic Berkaitan
#Gareth David Huntley
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan