awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keikhlasan kunci keberkesanan menyantuni jemaah haji

Razak Chik
Razak Chik
05/10/2013
09:58 MYT
Keikhlasan kunci keberkesanan menyantuni jemaah haji
Petugas haji diingatkan agar ikhlas dalam bekerja dan menyantuni tetamu Allah kerana sifat itu prasyarat kurniaan bantuan dari Allah.
Mereka juga digesa memperbaharui tekad dengan mengikis sebarang rasa jemu setelah beberapa minggu bertugas di tanah suci.
Dalam satu sesi taklimat oleh Ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rrahman, petugas Tabung Haji digesa memperbaharui semangat memandangkan mereka akan menggalas tugasan yang lebih mencabar di Arafah kelak.
Syed Saleh mengingatkan setiap petugas betapa besarnya peranan yang dimain mereka dalam apa sekali kerja yang dilakukan.
Katanya, setiap bidang tugas mungkin berbeza tetapi ini tidak bermakna nilai sumbangan kurang berharga dari segi perbandingan.
Untuk menghadapi saat saat yang lebih genting dan tentunya lagi mencabar semasa di Mashya’ir Haram nanti, Syed Saleh menyeru agar semua petugas perbetulkan niat untuk memikul amanah murni ini.
Setakat ini, jumlah jemaah haji di tanah suci sudah mencecah 19,507 orang, tinggal baki enam sahaja lagi penerbangan dari tanah air. Wukuf dijangka pada 14 Oktober.
Topic Berkaitan
#Arafah
#Haji
#Mekah
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan