awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga PPS masih aktif, jumlah mangsa menurun di Sarawak
Presiden Abbas harap 2026 bawa kemajuan penyelesaian konflik Palestin
Hala tuju UMNO, persediaan PRU16 dijangka fokus utama ucapan dasar Presiden - Razlan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan besar diplomasi Malaysia bawa pulang sukarelawan GSF - Fadhlina

Bernama
Bernama
05/10/2025
05:45 MYT
Kejayaan besar diplomasi Malaysia bawa pulang sukarelawan GSF - Fadhlina
Khamis lepas, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean. - Foto FB Mohamad Hasan
BUKIT MERTAJAM: Tindakan membawa pulang sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dari Israel lambang manifestasi kejayaan besar hubungan diplomatik Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Kerajaan berjaya membawa pulang 23 sukarelawan GSF dari Israel ke Istanbul, hasil diplomasi tinggi di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
  • Fadhlina Sidek ucap terima kasih kepada PM dan tekankan kepentingan meneruskan misi kemanusiaan, khususnya sokongan berterusan kepada rakyat Gaza.
  • GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel sambil menghantar bantuan ke Gaza.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata usaha itu membuktikan keupayaan diplomasi tinggi kerajaan dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan antarabangsa terjamin.
"Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Perdana Menteri kerana kita telah dimaklumkan bahawa semua aktivis kita akan dibawa pulang dari Istanbul,Turkiye ke Kuala Lumpur.
"Jadi, insya-Allah kita bawa mereka pulang dan kita rancang semula bagaimana kita harus membawa terus mesej dan misi kemanusiaan ini ke hadapan, khususnya untuk terus memberikan sokongan kepada rakyat Gaza," kata Ketua Wanita PKR itu kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Jelajah Antibuli di Yayasan Aman, Penanti di sini hari ini.
Pada Khamis lepas, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.
Semalam, Anwar berkata 23 rakyat Malaysia anggota delegasi GSF yang berada di dalam tahanan rejim Zionis dibawa keluar dari Israel menggunakan sebuah pesawat khas ke Istanbul.
GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel selain menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#kejayaan hubungan diplomatik Malaysia
#Fadhlina Sidek
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan