awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN gerakkan semua agensi berkaitan banteras pemalsuan MyKad
Iran tegaskan suasana kembali aman, tolak naratif palsu berita luar
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia 2025: Beregu lelaki negara gagal tembusi separuh akhir di Paris

Bernama
Bernama
30/08/2025
01:25 MYT
Kejohanan Dunia 2025: Beregu lelaki negara gagal tembusi separuh akhir di Paris
Aaron Chia-Soh Wooi Yik. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cabaran beregu lelaki negara pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 berakhir pada peringkat suku akhir selepas kedua-dua pasangan termasuk gandingan nombor dua dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada lawan masing-masing di Paris, Perancis awal pagi tadi.
Pada aksi suku akhir di Adidas Arena, Aaron-Wooi Yik yang juga bekas juara dunia, gagal menyaingi kehebatan beregu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India apabila tunduk 12-21, 19-21 dalam aksi selama 43 minit.
Pada masa sama, pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun memberikan tentangan sengit sebelum terpaksa akur tewas kepada beregu nombor satu dunia Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan 21-23, 23-21, 15-21 dalam pertarungan getir selama 69 minit.
Kekalahan kedua-dua pasangan itu sekali gus menyaksikan tiada wakil Malaysia dalam acara beregu lelaki pada separuh akhir kejohanan edisi kali ini.
Malaysia bagaimanapun masih menaruh harapan menerusi dua lagi pasangan, iaitu beregu wanita utama Pearly Tan-M. Thinaah serta beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan turun beraksi pada separuh akhir hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Kejohanan Dunia 2025
#Paris
#Man Wei Chong-Tee Kai Wun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan