awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 diiftiraf MBOR penyertaan teramai

Bernama
Bernama
07/05/2023
21:15 MYT
Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 diiftiraf MBOR penyertaan teramai
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail beraksi pada Kejohanan Menembak RMP (Royal Malaysia Police) Open Championship 2023 Level III kategori shoot off. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kejohanan Tembak Royal Malaysia Police (RMP) Open Championship 2023 Level III menerima pengiktirafan 'peserta paling ramai dalam kejohanan menembak' daripada The Malaysian Book of Records (MBOR) dengan penyertaan seramai 787 orang.
Sijil pengiktirafan itu telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong semasa Majlis Apresiasi Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 di sini, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi.
Kejohanan tersebut yang berlangsung selama selama tujuh hari bermula 1 Mei lepas di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kejohanan itu juga disertai peserta luar negara termasuk daripada Indonesia, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, Singapura dan Filipina.
Acryl Sani dalam ucapannya berkata pengiktirafan itu amat bermakna buat PDRM sekali gus membantu mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang tmenyediakan fasiliti serba lengkap bagi kejohanan menembak bertaraf antarabangsa.
"Besarlah harapan saya agar Malaysia diberi peluang untuk menganjurkan pertandingan Level V iaitu World Shoot yang merupakan tahap tertinggi dalam kejohanan IPSC ini, yang sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Tembak Royal Malaysia Police RMP Open Championship 2
#The Malaysian Book of Records
#Acryl Sani Abdullah Sani
#penyertaan teramai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan