KUALA LUMPUR: Kekal fokus merupakan kunci utama dalam mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang ditempuhi.

Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim menekankan, dengan fokus semua perancangan akan berjalan dengan lancar.

"Anda semua perlu terus fokus. Saya percaya bahawa dalam wabak sekarang ini, kita mempunyai banyak cabaran. Dari segi ekonomi, kerja, fizikal, psikologi, ada banyak cabaran.

"Tetapi yang penting adalah bagaimana untuk tetap fokus. Fokus adalah kunci utama. Anda sebagai generasi muda, boleh lakukannya.

"Saya belajar dari Arshad Ayub Business School, saya belajar bagaimana untuk menjadikan dekan AAGBS yang boleh dipercayai  orang ramai.

"Paling penting, anda perlu kekal fokus," ujarnya ketika memyampaikan ucaptama merasmikan International Student Leaders Forum 2021, Leadership and Management on Coping with Vuca Challenges yang diadakan secara maya pada Sabtu.

Selain itu, Irmohizam berkata kunci kejayaan juga boleh diperoleh sekiranya tahu apa yang dimahukan, sedia berkhidmat dan selalu melakukan perkara yang betul serta cermelang dalam melakukan tugas.

Tips tersebut iinspirasikan daripada personaliti tv popular, Oprah Winfrey.

Beliau berkata demikian dalan ucaptama merasmikan International Student Leaders Forum 2021, Leadership and Management on Coping with Vuca Challenges yang diadakan secara maya pada Sabtu.