Masalah penjiwaan rendah terhadap Rukun Negara di kalangan rakyat Malaysia tidak akan diselesaikan dengan menjadikan lima prinsip-prinsip tersebut sebagai mukadimah dalam Perlembagaan Persekutuan
Aktivis dan peguam, Syahredzan Johan berkata baginya, kesedaran terhadap Rukun Negara secara umumnya masih berkurangan ketika ini.
"Masalah adalah orang tidak tahu atau tidak sedar tentang Rukun Negara tidak akan diselesaikan dengan menjadikannya sebahagian daripada Perlembagaan. Kalau kita tengok, kesedaran terhadap perlembagaan itu sendiri pun rendah, bukan sahaja di kalanganrakyat tetapi di kalangan pemimpin juga."
"Jadi masalah di sini bukan sama ada ia patut dijadikan sebagai perlembagaan, masalahnya ialah kesedaran itu tidak ada," katanya ketika mengulas inisiatif sekumpulan individu yang terdiri daripada ahli akademik, peguam dan aktivis untuk menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, Syahredzan berkata sebarang inisiatif bertujukan matlamat tersebut sepatutnya digerakkan pihak kerajaan.
"Sekiranya ia perlukan pindaan perlembagaan, saya berpendapat ianya perlu datang dari kerajaan. Jika ianya jadi rang undang-undang persendirian, saya fikir ia tidak akan dibentangkan langsung.
"Apa yang diperlukan ialah sokongan dan persetujuan dua pertiga ahli parlimen di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini termaktub dalam perlembagaaan persekutuan dan kerana apa yang dicadangkan adalah untuk jadikan ia satu mukadimah, maka perlunya pindaan perlembagaan," jelasnya.
Tambahnya, Rukun Negara sepatutnya mencerminkan aspirasi rakyat dan harus mempunyai fleksibiliti untuk diubah mengikut kesesuaian dan keperluan negara.
"Perlembagaan itu adalah dokumen undang-undang dan ianya rigid atau sukar diolah. Rukun Negara sewajarnya mencerminkan aspirasi kita dan ia patut boleh diubah mengikut peredaran zaman.
"Jadi, kalau kita rasa ada bahagian yang tak releven lagi, kita boleh ubah. Kalau jadi undang-undang, sukar untuk lakukan demikian," katanya
Cynthia Ng
Mon Jan 23 2017
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Isu enam kerusi Parlimen: Ini bukan soal takut, ini soal Perlembagaan - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan ketika ini menghormati ketetapan yang termaktub dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti.
DAP tidak pernah antiraja - Loke
DAP menjelaskan parti itu tidak pernah bersikap antiraja sebaliknya menjunjung tinggi sistem Raja Perlembagaan.
Kes Ahmad Zahid dihenti: 'Tidak wujud persepsi negatif sistem perundangan negara' - Peguam
Keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi disifatkan sebagai tidak memberi sebarang persepsi negatif kepada sistem Perlembagaan.
Kenyataan MB Kedah, Pulau Pinang milik Kedah satu hasutan - Ahmad Zahid
Kenyataan Pulau Pinang milik Kedah yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, adalah satu tindakan menghasut, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Hapus pencen pesara tidak munasabah - PM
Menghapuskan atau mengurangkan pencen bekas anggota Kabinet adalah tidak munasabah, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Permuafakatan: Perjanjian persefahaman Kerajaan Perpaduan jamin prinsip Perlembagaan
Empat prinsip dalam Perlembagaan menjadi antara perkara utama yang disepakati dalam Perjanjian Persefahaman Antara Gabungan Kerajaan Perpaduan yang dimeterai hari ini.
Pindaan Perlembagaan DAP: Ahli Parlimen, ADUN lompat parti dicadang dilucut keahlian
DAP akan mengemukakan cadangan pindaan Perlembagaan parti yang mensyaratkan mana-mana ahli Parlimen atau ADUN parti itu untuk dilucutkan keahlian mereka.
PRN Johor: Larangan mengundi kerana positif COVID-19 tidak menepati Perlembagaan - Pensyarah
Beberapa isu yang mewarnai proses PRN Johor hari ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang tidak sepatutnya terjadi.
Veteran UMNO cadang kerajaan wujudkan majlis kerukunan politik negara
Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata rukun-rukun politik itu boleh dijadikan tiang negara dan panduan kepada semua ahli serta pertubuhan politik.
Kerajaan baharu diharap buka luas ruang rakyat kongsi pandangan - Penganalisis
Rakyat mengharapkan pentadbiran kerajaan akan datang membuka ruang seluasnya kepada masyarakat untuk berkongsi pandangan bagi mencadangkan penambahbaikan terhadap isu berkepentingan rakyat dan negara.