awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekang PATI: Kawalan sempadan negara terus diperketat, diperhebat - Ismail Sabri

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/04/2020
06:54 MYT
Kekang PATI: Kawalan sempadan negara terus diperketat, diperhebat - Ismail Sabri
Kerajaan tidak akan berkompromi selain sentiasa tegas dalam memastikan sempadan dan kedaulatan negara tidak dicerobohi pendatang asing tanpa izin. - Foto APMM
Kerajaan tidak akan berkompromi selain sentiasa tegas dalam memastikan sempadan dan kedaulatan negara tidak dicerobohi pendatang asing tanpa izin (PATI)
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantaun bagi mengawal sempadan termasuk ‘lorong tikus’ terus diperhebatkan dan diperketatkan.
“Apa yang membimbangkan adalah PATI yang menceroboh melalui lorong-lorong tikus di seluruh negara.
“Sebenarnya, pihak berkuasa telah kenal pasti semua lorong tikus, sama ada di pantai barat Semenanjung termasuk juga di Sabah serta jalan darat melalui Sarawak,” katanya dalam sidang media harian (bukan kesihatan) COVID-19.
Menurut beliau, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, seramai 84 individu telah ditangkap kerana mencerobohi negara ini melalui 'lorong tikus'.
Malah, tegas beliau, setiap agensi keselamatan kini terlibat dalam memperketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara terutamanya ‘lorong tikus’ bagi mengelak pendatang tanpa izin membolosi sempadan negara, sekaligus membendung penularan COVID-19 ke dalam negara.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kawalan sempadan negara
#lorong tikus
#pati
#pendatang asing tanpa izin
#sempadan darat
#sempadan laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan