awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November

Bernama
Bernama
28/10/2021
06:19 MYT
Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Pihak kementerian percaya kekerapan penerbangan itu mampu melancarkan jadual penerbangan dan mengurangkan lagi tambang. - Gambar hiasan
KUCHING: Kekerapan penerbangan ke Sarawak akan ditambah daripada 89 penerbangan kepada 223 penerbangan setiap minggu bermula 1 November ini, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin.
Beliau berkata setakat hari ini syarikat penerbangan utama seperti Malaysia Airlines Berhad, Airasia Berhad dan Malindo Airways telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.
Menurut Lee dengan penetapan baharu itu, Kuching akan menyaksikan 114 penerbangan seminggu berbanding 44, Miri daripada 19 kepada 40 penerbangan, Sibu (lapan kepada 31), Bintulu (enam kepada 24), Limbang dan Lawas (lima kepada tujuh) manakala Mulu kekal tujuh penerbangan seminggu.
"Pihak kementerian percaya kekerapan penerbangan itu mampu melancarkan jadual penerbangan dan mengurangkan lagi tambang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dengan peningkatan kekerapan penerbangan dari luar Sarawak dan tiada sekatan penerbangan dalam Sarawak serta beroperasi pada kapasiti muatan penumpang penuh itu, maka tidak ada sebab untuk syarikat penerbangan mengenakan tambang yang tinggi.
"Kami ingin mengingatkan semua syarikat penerbangan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dalam masa sukar ini dengan tidak mengambil kesempatan terhadap pengembara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan
#Sarawak
#syarikat penerbangan
#mavcom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan