KUALA LUMPUR: Kehadiran ramai golongan belia dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menyumbang kepada kekuatan dan keunikan badan tersebut.
Tunku Temenggong Kedah YTM Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah memaklumkan minat golongan belia dalam BSMM ini sangat dialu-alukan.
Tunku Puteri Safinaz yang juga Pengerusi Kebangsaan BSMM juga memaklumkan, disebabkan penyertaan ramai belia, pihaknya mempunyai jawatankuasa dan polisi belia yang diaplikasikan di seluruh negara.
Ujar beliau, menerusi jawatankuasa tersebut, golongan belia diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan memimpin beberapa program di seluruh negara.
"Polisi remaja kita yang kita aplikasi diseluruh negara, jadi setiap negeri ada wakil belia dan menggalakkan mereka untuk mengatur program di peringkat belia.
"Mereka adalah penganjur atau they organise the program, they lead the program, they conduct the program (mereka menganjurkan program, mereka mengetuai program, mereka mengendalikan program)," katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Semangat kesukarelawan golongan belia yang menyertai BSMM ini tidak pernah pudar biarpun ada yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi atau sudah mempunyai pekerjaan tetap.
"Tidak ramai tetapi ada dan mereka menjadi role model (model peranan) ataupun leaders (pemimpin), pemimpin kepada remaja.
"Mereka terus memberi inspirasi kepada remaja-remaja lain untuk terus berkhidmat walaupun masih sekolah atau di universiti atau mula bekerja, saya amat terharu dengan mereka," katanya lagi.
Tunku Puteri Safinaz menjelaskan, cabaran BSMM adalah untuk menarik minat kesukarelawan kepada mereka yang lebih dewasa dan mempunyai komitmen dalam kerjaya.
Jelas beliau, usaha yang dilakukan BSMM adalah cuba memupuk semangat kesukarelawan di kalangan komuniti agar ia menjadi tabiat harian.
Astro Awani
Tue Sep 19 2023
Tunku Puteri Safinaz yang juga Pengerusi Kebangsaan BSMM juga memaklumkan, disebabkan penyertaan ramai belia, pihaknya mempunyai jawatankuasa dan polisi belia yang diaplikasikan di seluruh negara. - Gambar fail
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
Agong, Permaisuri sanjung tinggi inisiatif sukarelawan warga Bulan Sabit Merah Malaysia
Seri Paduka berdua menyifatkan usaha itu dapat memperkasakan lagi semangat tolong menolong dan kemanusiaan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda.
Kekuatan BSMM kerana kehadiran golongan belia - Tunku Puteri Intan Safinaz
Tunku Puteri Safinaz yang juga Pengerusi Kebangsaan BSMM juga memaklumkan, disebabkan penyertaan ramai belia, pihaknya mempunyai jawatankuasa dan polisi belia yang diaplikasikan di seluruh negara.
PM umum peruntukan RM3 juta kepada BSMM
Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, ia perlu terus mempromosikan masyarakat yang adil dan mempunyai nilai hormat, keyakinan dan ihsan.
Banjir: BSMM Kelantan sediakan pasukan dapur memasak bergerak di PPS terpilih
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kelantan mewujudkan pasukan dapur memasak bergerak bagi membantu mangsa banjir yang berpindah di pusat pemindahan sementara (PPS) negeri itu.
Pandemik satu cabaran terhadap strategi BSMM - Tunku Puteri Intan Safinaz
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) antara organisasi yang berdepan cabaran tersendiri dalam mengurus situasi sedemikian.
Banjir: Duta China serah sumbangan kepada BSMM
Persatuan Palang Merah China menyumbang sebanyak US$100,000 (RM419,500) untuk menyokong usaha Bulan Sabit Merah Malaysia.
Banjir: Astro Radio kumpul keperluan harian, bantu mangsa
Kempen itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang terpaksa dihadapi mereka pada saat mencabar ini.
Malaysia bantu pengumpul dana salurkan sumbangan kepada rakyat Palestin - Hishammuddin
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan kempen untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.
Saluran kutipan dana hanya melalui laman web rasmi - BSMM
Sebarang bantuan dan kutipan dana kepada Bulan Sabit Merah Malaysia hanya boleh disalurkan menerusi laman web rasmi untuk sepanjang tahun.
Tunku Puteri Intan Safinaz cipta sejarah wanita pertama terajui BSMM
Mesyuarat Agung BSMM pada 24 Jun lepas bersetuju memilih beliau sebagai Pengerusi Kebangsaan menggantikan Tunku Shahriman Tunku Sulaiman.