KUALA LUMPUR: Astro Radio dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Lotus's Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) mengambil inisiatif mengumpulkan sumbangan keperluan harian daripada orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa banjir menerusi kempen KamiCare Flood Relief.
Penyampai radio Era, Nabilah Mohamad berkata, kempen yang bermula dari 10 pagi hingga 4 petang itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang terpaksa dihadapi mereka pada saat mencabar ini.
"Antara barangan yang didermakan seperti makanan kering, air mineral, barang mandian dan pembersihan diri, pakaian, tuala wanita, lampin serta barang-barang keperluan yang mangsa-mangsa banjir amat perlukan ketika ini.
"Selain itu, ada juga (orang ramai) yang membawa barangan yang terpakai dari rumah seperti bantal dan tilam, dan ada juga yang membelinya terus di sini.
"Kami juga ada membuka buka reruai (booth) untuk mereka beli dan sumbangkan terus termasuk ada yang secara spontan datang memberikan sumbangan," katanya kepada ketika ditemui Astro AWANI di Lotus's Kepong, di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mara Liner Sdn Bhd (Mara Liner), Zachary Ismail Zee Ismail berkata, pihaknya turut menyokong insiatif tersebut dari segi kemudahan logistik dengan menyediakan dua buah bas bagi membawa kesemua sumbangan ke ibu pejabat BSMM sebelum diagihkan.
"Sekiranya ada mana-mana agensi ataupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang inginkan bantuan logistik seperti ini untuk menghulurkan bantuan, kami sedia bekerjasama.
"Kerana inilah teras kami, iaitu 'Mara prihatin'," ujarnya.
Terdahulu, kempen KamiCare Flood Relief diadakan di Lotus's Ara Damansara dan kempen seterusnya akan diteruskan serta dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman rasmi Astro Radio.
Ehsan A Marisah
Fri Dec 24 2021
Kempen KamiCare Flood Relief adalah usaha Astro Radio membantu meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir pada ketika ini. - Foto Astro AWANI
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Pelanggan datang ke gerai tiba-tiba makan 'free', Pak Azad 3 Pagi ERA belanja makan! Apa cerita?
Pengacara 3 Pagi ERA, Azad Jasmin atau lebih mesra disapa dengan panggilan 'Pak Azad' hari ini membuat kejutan apabila membelanja makan semua pelanggan di beberapa gerai di Lembah Kelang.
SYOK harumkan nama Malaysia, raih 3 anugerah terbaik di Asia Podcast Awards 2024
Anugerah yang dimenangi SYOK ialah Penerbit Podcast Terbaik - Syok, Podcast Sukan Terbaik - Suited & Booted, dan Podcast Temu Bual Terbaik - Muzik Roundtable.
Astro Radio perkenal penyampai radio baharu untuk segmen pagi HITZ, LITE dan MIX
Astro Radio tampil mengumumkan barisan penyampai radio baharu untuk stesen radio bahasa Inggeris iaitu HITZ, LITE dan MIX.
Astro Radio-Etika: OR1 FM dengan WONDA Kopi Tarik cipta sejarah
Ia menjadi Stesen Radio Terbanyak Yang Menyiarkan Kandungan Sama Secara Serentak yang diiktiraf oleh Malaysian Book of Records.
Radio ERA, Sinar kekal jadi pilihan utama rakyat Malaysia - Kajian RAM
Saluran Astro Radio mempertahankan kedudukan sebagai pilihan utama pendengar dengan stesen-stesen terkemuka seperti ERA, Sinar dan Hitz FM kekal menguasai carta tahun ini.
Aidilfitri: PLUS jalin kerjasama dengan Astro Radio, Celcom dan MOTAC salur maklumat trafik
Pelanggan lebuh raya memerlukan maklumat terkini yang dapat membantu mereka membuat keputusan serta merancang perjalanan.
Banjir: Astro Radio kumpul keperluan harian, bantu mangsa
Kempen itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang terpaksa dihadapi mereka pada saat mencabar ini.
Astro Radio cecah 15.6 juta pendengar mingguan, tertinggi dalam negara
Ia adalah berdasarkan kajian yang dibuat GfK Radio Audience Measurement (RAM) Wave 2, 2021.
Aplikasi SYOK tawar 60 stesen radio dalam talian
Stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran selain pelbagai berita terkini.