KUALA LUMPUR: Jumlah kelahiran hidup pada suku ketiga 2022 menurun tiga peratus kepada 109,397 berbanding 112,776 pada suku ketiga 2021, menurut Perangkaan Demografi Malaysia Suku Ketiga 2022 yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Jabatan Perangkaan, suku ketiga tahun ini menyaksikan kelahiran seramai 56,572 bayi lelaki dan 52,825 bayi wanita.
Selangor mencatatkan kelahiran hidup tertinggi dengan 22,260 kelahiran atau 20.3 peratus manakala Labuan merekodkan kelahiran terendah dengan 376 kelahiran atau 0.3 peratus.
Pada suku ketiga 2022, sejumlah 50,276 kematian dicatatkan, merosot 31.7 peratus berbanding suku ketiga 2021 dengan kematian lelaki berjumlah 28,533 manakala 21,743 bagi perempuan.
Selangor mencatatkan kematian tertinggi dengan 7,744 kematian atau 15.4 peratus manakala Putrajaya merekodkan bilangan kematian terendah dengan 58 kematian (0.1 peratus).
Menurut kenyataan itu sebanyak 597 kematian adalah berkaitan COVID-19 yang menyumbang 1.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian pada suku ketiga tahun ini.
Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 32.9 juta pada suku ketiga 2022, meningkat 0.9 peratus berbanding 32.6 juta pada suku ketiga tahun lepas.
Tiga negeri mencatatkan jumlah penduduk tertinggi ialah Selangor dengan 21.6 peratus, diikuti Johor (12.3 peratus) dan Sabah (10.4 peratus).
"Penduduk lelaki meningkat daripada 17.1 juta kepada 17.3 juta berbanding suku ketiga 2021 manakala perempuan menokok daripada 15.5 juta kepada 15.6 juta dalam tempoh sama,” katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022
Jumlah kelahiran hidup pada suku ketiga 2022 menurun tiga peratus kepada 109,397 berbanding 112,776 pada suku ketiga 2021, menurut Perangkaan Demografi Malaysia Suku Ketiga 2022 yang dikeluarkan hari ini. - Gambar hiasan AFP
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Jumlah kelahiran di Malaysia berkurangan 2.8 peratus pada suku ketiga 2023
Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan 2.8 peratus kepada jumlah 110,354 kelahiran pada suku ketiga tahun ini berbanding 113,506 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Finland catat kadar kelahiran terendah dalam tempoh 150 tahun
Pada 2022, seramai 44,933 kanak-kanak dilahirkan di Finland, sementara jumlah kematian pula sebanyak 62,886 warga.
Kelahiran di Malaysia turun tiga peratus suku ketiga 2022
Selangor catat kelahiran hidup tertinggi iaitu 22,260 kelahiran manakala Labuan merekodkan kelahiran terendah dengan 376 kelahiran.