awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan akan ganti Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 - Exco

Bernama
Bernama
04/06/2024
04:15 MYT
Kelantan akan ganti  Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 - Exco
Draf pindaan itu, telah dibentangkan di Mesyuarat Ahli Majlis-majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). - Gambar hiasan/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud berkata draf pindaan itu, telah dibentangkan di Mesyuarat Ahli Majlis-majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Beliau berkata mesyuarat itu juga memutuskan untuk ditubuhkan satu jawatankuasa kerja yang khusus, bagi mengkaji semula penggubalan draf cadangan.
"RUU yang dicadangkan adalah lebih komprehensif. Oleh itu, penggubalan RUU tersebut masih di peringkat kajian terperinci oleh Bahagian Undang-undang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zameri Mat Nawang (PAS-Jelawat) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata penggubalan tersebut membuka ruang dan jaminan pelaksanaan keadilan kes-kes syariah melalui institusi kehakiman Mahkamah Syariah setanding institusi kehakiman Mahkamah Sivil.
"Kajian yang dinyatakan berkaitan keperluan empat atau lima peringkat mahkamah dengan mengambil kira pelaksanaan di negeri-negeri lain dari segi polisi atau perancangan masa hadapan oleh kerajaan Persekutuan untuk proses penyeragaman dan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia.
"Peningkatan itu bagi memastikan peluang rayuan kes syariah adalah dua kali iaitu rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan seterusnya ke Mahkamah Utama Syariah sebagai mahkamah tertinggi selepas Mahkamah Rayuan Syariah sedia ada," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Dr Hafidzah Mustakim (Amanah-Kota Lama) berkaitan penyelarasan dengan jawatankuasa kehakiman syariah di peringkat Persekutuan, Mohd Asri berkata kerajaan negeri sentiasa berhubung dan menjalin kerjasama dengan kerajaan dalam perkara tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#undang-undang syariah
#RUU baharu
#MAIK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan