KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kelantan FC Choi Moon Sik menjelaskan terdapat beberapa kelemahan dihadapi pasukannya selepas tewas 1-2 kepada Kuching City FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.
Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata faktor kecergasan, kelemahan mengawal bola dan kurang persefahaman taktikal pasukan antara faktor penyumbang kekalahan pada aksi pertama liga itu.
"Pemain melepaskan dua gol mudah apabila hilang kawalan bola dan pasukan lawan bijak mengambil peluang itu dengan melakukan serangan balas seterusnya memperoleh gol.
"Begitu juga saya lihat bahagian serangan lambat bergerak menerima bola apabila rakan sepasukan mencipta gerakan untuk menjaringkan gol," katanya kepada pemberita selepas perlawanan, malam tadi.
Kenyataan Moon Sik diterjemah jurubahasa pasukan Min Park.
Kelantan FC mendahului perlawanan menerusi jaringan pemain import Miguel Cifuentes pada minit ke-51, namun dua gol Kuching City FC oleh Abdallah Sudi pada minit ke-58 dan Abu Kamara minit ke-71 memberi tiga mata penuh buat skuad yang diberi jolokan The Cats itu.
Moon Sik jelas kecewa dengan kekalahan yang dialami skuad The Red Warriors (TRW) biarpun menguasai permainan.
"Perlawanan hari ini penting kepada kami untuk ditonton oleh penyokong Kelantan FC bagi menilai kemampuan pasukan, namun kami tewas.
"Kelemahan ini perlu segera dibaiki bagi menghadapi perlawanan seterusnya, kami tidak boleh melakukan perkara sama kerana ia memberikan satu lagi keputusan kekalahan kepada pasukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Pemain Kelantan Nuha Marong Krubally( kiri) dihalang pemain Kuching City Celio Ferreira Dos Santos dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. - Foto BERNAMA
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
‘Saya tidak lari bayar baki gaji’
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors secara berperingkat.
Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.
Kelantan FC tidak layak beraksi di Liga Super
Kelantan FC gagal untuk mendapatkan lesen kebangsaan sekali gus tidak layak untuk bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.
Liga Super: Kuching City tumbang di Sarawak, PDRM bedil Kelantan
Kuala Lumpur City FC menewaskan Kuching City FC 3-2, manakala PDRM FC berpesta gol dengan membelasah Kelantan FC 7-2.
Kelantan FC serah dokumen tunggakan pembayaran gaji - MFL
Unit pelesenan kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menerima dokumen berhubung tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC semalam.
Nasib malang Kelantan FC
Skuad The Red Warriors (TRW) kini merupakan pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M) untuk semusim.
Yusri mahu pemain Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mahu anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Ipoh, malam tadi.
The Bos Gaurus tak ambil mudah cabaran Kelantan FC
Yusri yakin Kelantan FC akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan yang ketika ini di tangga tercorot.