awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan - Fadhlina
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan perlu bentang pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat

Bernama
Bernama
13/07/2018
02:17 MYT
Kelantan perlu bentang pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat
HUSAM: Saya telah dengar kenyataan pemimpin Pas Kelantan yang begitu ghairah mahu mendapat wang tersebut (royalti), namun saya tidak mendengar perancangan yang akan dilakukan oleh mereka. - Gambar fail
Kerajaan negeri Kelantan disaran membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka.
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa berkata kerajaan negeri harus memanfaatkan keprihatinan kerajaan persekutuan yang bersetuju menyalurkan bayaran royalti petroleum untuk kepentingan rakyat di negeri ini.
"Saya telah dengar kenyataan pemimpin Pas Kelantan yang begitu ghairah mahu mendapat wang tersebut (royalti), namun saya tidak mendengar perancangan yang akan dilakukan oleh mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pejabat Operasi Amanah Kawasan Parlimen Tanah Merah di sini, malam tadi.
Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan menghargai tindakan kerajaan persekutuan yang bersetuju untuk memberi royalti petroleum kepada negeri ini berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara bulan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Husam Musa
#Kelantan
#kerajaan negeri
#kerajaan Persekutuan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#PAS
#petroleum
#royalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan