awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan perlu lebih teliti gubal semula kesalahan syariah diisytihar tidak sah

Bernama
Bernama
07/03/2024
14:03 MYT
Kelantan perlu lebih teliti gubal semula kesalahan syariah diisytihar tidak sah
ADUN Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata, perkara itu perlu diberi perhatian, agar enakmen berkenaan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak, pada masa yang akan datang. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Ketua Pembangkang Mohd Syahbuddin Hashim meminta kerajaan Kelantan untuk meneliti dengan lebih cermat dalam menggubal semula 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019, yang diisytihar batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas itu berkata perkara tersebut perlu diberi perhatian, agar enakmen berkenaan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak, pada masa yang akan datang.
"Saya mengingatkan DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan atau negeri-negeri lain, untuk lebih cermat dalam menggubal undang-undang atau enakmen jenayah syariah, dan memastikannya sepadan dengan peraturan di negeri masing-masing," kata wakil rakyat tunggal Barisan Nasional itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar dewan, selepas tamat persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Semalam, Dewan Undangan DUN Kelantan yang bersidang meluluskan usul menggubal semula 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang diisytihar batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb.
Usul itu, yang dicadangkan ADUN Melor Wan Rohimi Wan Daud (Pas), disokong oleh semua ADUN termasuk dua daripada blok pembangkang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#gubal semula
#Enakmen Kanun Jenayah Syariah
#kesalahan syariah diisytihar tidak sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan