KANGAR: Kerajaan negeri Kelantan menyasarkan tujuh juta kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri itu, tahun ini.
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kebudayaan dan Pelancongan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Nik Ahmad Shazwan Nik Mohamad berkata, sasaran itu adalah berdasarkan peningkatan jumlah pelancong ke Kelantan pascapandemik COVID-19.
"Sebelum COVID-19 pada 2021, kerajaan negeri Kelantan telah meletakkan sasaran kemasukan enam juta pelancong, namun ia tidak dapat dicapai akibat wabak yang melanda dunia ketika itu.. jumlah kemasukan (kini) pelancong semakin bertambah dan kita yakin mampu tarik tujuh juta pelancong pada tahun ini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Festival Silang Budaya Perlis-Kelantan yang berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, di sini.
Nik Ahmad Shazwan yang juga Pengurus Pusat Pelancongan Negeri Kelantan berkata, terdapat beberapa tarikan pelancongan baharu di negeri itu antaranya ialah Laman Warisan Kampung Laut bernilai RM20 juta yang dibuka secara rasmi tahun lepas.
"Tarikan utama yang terdapat di laman itu ialah Masjid Kampung Laut berusia lebih 400 tahun yang dipindahkan semula hampir ke tapak asal masjid itu selepas dipindah sementara di Nilam Puri, Kota Bharu selama 50 tahun sebelum ini," katanya.
Katanya tarikan lain yang popular ketika ini ialah 'Train to Dabong' (Kereta Api ke Dabong), Gunung Stong dan beberapa tarikan ekopelancongan lain.
Mengulas mengenai festival tersebut yang merupakan anjuran kerajaan negeri Kelantan, Nik Ahmad Shazwan berkata, Perlis menjadi destinasi ketiga selepas Langkawi, Kedah pada Disember tahun lepas dan Kuala Lumpur pada Februari.
"Kita memilih Perlis kerana ia salah sebuah negeri yang menerima kemasukan pelancong yang tinggi, tujuan utama festival ini adalah untuk memperkenalkan budaya Kelantan kepada rakyat Perlis di samping turut mengenali budaya masyarakat Perlis," katanya.
Beliau berkata, pengunjung boleh melihat sendiri secara dekat pertunjukan kebudayaan negeri Kelantan antaranya rebana ubi, pembuatan wau, persembahan wayang kulit dan banyak lagi.
Nik Ahmad Shazwan berkata, pihaknya turut membawa bersama pengusaha produk industri kecil dan sederhana (IKS) serta ahli persatuan hotel Kelantan yang menawarkan produk pelancongan.
Sementara itu, Exco Pelancongan Perlis, Wan Badariah Wan Saad berharap orang ramai mengambil peluang cuti sekolah untuk sama-sama berkunjung ke festival itu. - BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Nik Ahmad Shazwan Nik Mohamad berkata, Kerajaan negeri Kelantan menyasarkan tujuh juta kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri itu, tahun ini. - Gambar BERNAMA
Suruhanjaya Sekuriti sasar 35-40 IPO baharu pada tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata saluran bagi tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal sihat dan menyasarkan sebanyak 35-40 IPO baharu bagi tahun ini.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan, Brunei
Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di tiga pasaran eksport iaitu Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei, baru-baru ini.

Pengawal peribadi ditahan menyamar polis untuk jumpa teman wanita
Seorang pengawal peribadi sebuah syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian di kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang, Rabu lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Menjelang kenyataan Malaysia PM, 9.30 malam ini
Menjelang Kenyataan Malaysia yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penampilan pertamanya sebagai pemimpin utama negara, ikuti kupasan bersama Penganalisis Dasar Politik, Ekonomi & Pengajian Antarabangsa, UUM, Dr. Md. Shukri Shuib.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Thaksin bakal kembali berperanan dalam kerajaan - PM Thailand
Perdana Menteri Thailand berkata pendahulunya, Thaksin Shinawatra akan berperanan dalam kerajaan selepas dibebaskan daripada penjara, yang dijangka berlaku pada Februari tahun depan.
PM Anwar sampaikan kenyataan negara jam 9.30 malam ini
Antara intipati yang akan disuarakan Malaysia ialah mengenai usaha negara dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030.
Penganggur mengaku salah rogol adik ipar berusia 11 tahun
Seorang penganggur berusia 22 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh Jumaat atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun 8 bulan minggu lepas.

Kelantan rekod 13 kes buli dalam tempoh 9 bulan
Polis Kelantan merekodkan 13 kes berkait dengan buli dalam tempoh sembilan bulan tahun ini bermula Januari hingga September.

Ramai PATI warga Pakistan, India masuk ke Malaysia melalui Thailand
Jabatan Imigresen Malaysia mendapati ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Pakisan dan India memasuki negara ini melalui Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok secara haram.

Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia.

Hari pertama siri jelajah Jiwa SME di Kota Bharu meriah
Turut mencuri tumpuan, bengkel keusahawanan oleh TikTok Shop, Unifi Business dan Santai Namun Sampai yang dibawakan khas oleh Bank Rakyat.

MB Kelantan pegang lima portfolio Exco
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memegang lima portfolio pada penggal pentadbiran kali ini.

MB Kelantan beri keutamaan selesai isu air, akan jumpa PM dalam masa terdekat
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud akan memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu air di negeri ini.

Hari Kebangsaan: Kelantan guna tema sama kerajaan Pusat
Kelantan akan menggunakan tema yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Tiga nelayan hilang ditemui selamat di Thailand
Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Pantai Belawan dekat Tak Bai, Thailand pada pukul 2.32 petang hari ini.

Kelantan amal politik matang, sejahtera dengan Persekutuan
Kerajaan negeri akan meneruskan legasi meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran, kemakmuran negeri dan kebajikan rakyat.

Pas peroleh majoriti mudah di Kelantan, Terengganu - SPR
Pas memenangi 17 kerusi di Kelantan dan 23 kerusi di Terengganu.