awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan tambah pusat kuarantin, rawatan COVID-19 berisiko rendah tampung peningkatan kes

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
04/01/2021
09:10 MYT
Kelantan tambah pusat kuarantin, rawatan COVID-19 berisiko rendah tampung peningkatan kes
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Mukim Peringat dan Kota di Kota Bharu, bermula hari ini sehingga 17 Januari berikutan peningkatan ketara kes positif COVID-19. - Gambar fail
KOTA BHARU:Kelantan menyediakan tiga pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) di Kota Bharu berikutan peningkatan kes di negeri berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, berkata ia adalah persiapan awal bagi memastikan pengurusan kes COVID-19 di negeri itu tidak menghadapi masalah.
"Kita nampak kes mungkin bertambah, jadi sebab itu hospital kita sudah lebih 90 peratus... tak mampu nak tampung (banyak kes jika peningkatan berterusan).
"Antara lokasi yang akan dijadikan pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah adalah sebuah kolej kejururawatan selain beberapa dewan di lokasi yang sesuai.
"Bagaimanapun, bagi peskit yang sudah disahkan positif COVID-19 dan bergejala, mereka akan dirawat di Hospital Tumpat," katanya di sini, hari ini.
PKRC itu dibuka di Kolej Jururawat Kota Bharu; Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Dewan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di sini.
Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Peringat dan Kota di Kota Bharu, Kelantan bermula hari ini sehingga 17 Januari berikutan peningkatan ketara kes positif COVID-19 di lokaliti terbabit.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua mukim itu menyumbang kes tertinggi di daerah Kota Bharu membabitkan dua kluster iaitu Kluster Halban dan Kluster Pintu Geng.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kota Bharu
#PKRC
#pusat kuarantin
#rawatan
#berisiko rendah
#Kelantan
#persediaan
#peningkatan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan