KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan meluluskan program pemutihan pernikahan bagi pasangan yang melangsungkan pernikahan luar negara sebelum tahun 2005.
Pasangan yang melangsungkan perkahwinan di luar negara, khasnya selatan Thailand, diminta tampil untuk mengesahkan pernikahan dengan tawaran denda yang berpatutan.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusof berkata program pemutihan itu dilaksanakan kerana terdapat ramai bilangan anak tidak sah taraf dengan pernikahan yang tidak didaftarkan secara sah.
"Kerajaan bersetuju supaya mana-mana perkahwinan sebelum tahun 2005 dapat diberi tumpuan dan kita boleh terima apabila syarat dipenuhi.
"Tidak perlu runsing tentang denda kerana kita akan uruskan dengan BSK (biro sokongan keluarga), manakala kalau didenda RM2,000, kita bincang dengan Ketua Hakim Syarie," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, pagi tadi.
Program pemutihan itu diluluskan oleh kerajaan negeri pada Jun lepas bagi memastikan soal kebajikan anak-anak pasangan terbabit terjamin.
Ia memandangkan banyak kes melibatkan anak yang tidak mempunyai sijil lahir dan dinafikan hak harta pusaka, selain tidak dapat bersekolah disebabkan pernikahan ibu bapa yang tidak didaftar.
Che Mohd Rahim berkata, selain itu juga perkara ini boleh menjurus kepada masalah sosial jika tidak ditangani dengan baik.
Beliau menjelaskan, program pemutihan akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan bermula hari ini.
Bagi kes pernikahan selepas tahun 2005, ia boleh dipertimbangkan asalkan menepati syarat yang ditetapkan.
Mereka yang ingin mendaftarkan perkahwinan itu boleh mendaftar di pejabat agama daerah seluruh Kelantan.
Muhafandi Muhamad
Sun Nov 14 2021
CHE MOHD RAHIM: Kerajaan bersetuju supaya mana-mana perkahwinan sebelum tahun 2005 dapat diberi tumpuan dan kita boleh terima apabila syarat dipenuhi. -Astro AWANI
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Kelantan tawar program pemutihan bagi pasangan bernikah di luar negara sebelum 2005
Pasangan yang melangsungkan perkahwinan di luar negara, khasnya selatan Thailand, diminta tampil untuk pengesahan pernikahan dengan tawaran denda yang berpatutan.