PASIR PUTEH: Kelantan telah menerima peruntukan sebanyak RM83.5 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi kerja-kerja penyenggaraan infrastruktur jalan di negeri ini pada 2 April lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin berkata peruntukan tersebut akan dimanfaatkan untuk membaiki kerosakan jalan raya yang dikenal pasti di seluruh negeri ini dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Jun depan.
"Peruntukan kali ini sedikit berkurangan berbanding tahun lepas sebanyak RM104.4 juta. Apapun kita akan memanfaatkannya untuk membaiki kerosakan jalan di semua jajahan mengikut keperluan selepas Aidilfitri ini.
"Setakat ini peruntukan untuk turapan berkala di jajahan Gua Musang adalah yang terbanyak melibatkan 11 jalan dengan anggaran kos kira-kira RM10.7 juta," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke lokasi pembaikan jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Bukit Yong Pasir Puteh di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Mohd Suhaili Ismail.
Izani berkata daripada peruntukan itu sebanyak RM76.9 juta melibatkan penyenggaraan di bawah Syarikat Konsesi Roadcare (M) Sdn Bhd, manakala RM6.5 juta lagi dilaksanakan pejabat jurutera jajahan.
"Bagi peruntukan di bawah RoadCare, sebanyak RM44 juta akan digunakan bagi penyenggaraan turapan berkala, penyenggaraan rutin ( RM25.57 juta), penyenggaraan berkala bukan turapan (RM5.42 juta), pembaikan kecil jambatan (RM1.41 juta ), manakala untuk kerja kecemasan sebanyak RM0.544 juta," katanya.
Beliau berkata sejumlah RM3.65 juta pula akan diperuntukkan bagi pembaikan kawasan kemalangan melibatkan tiga jajahan iaitu enam lokasi di Pasir Mas dan masing-masing dua jalan di Tanah Merah dan Kuala Krai.
Menurutnya sebanyak RM0.75 juta akan digunakan bagi keperluan lintasan pejalan kaki searas berlampu isyarat iaitu masing-masing satu lokasi di Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
Dalam perkembangan lain, Izani memaklumkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah kesiapsiagaan bagi perayaan Aidilfitri dengan membentuk 100 pasukan bagi penyediaaan generator di kawasan yang mengalami masalah terputus bekalan elektrik di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Izani berkata, peruntukan itu akan dimanfaat untuk membaiki kerosakan jalan raya yang dikenal pasti di seluruh negeri dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Jun depan. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.