KUALA LUMPUR: Pusat latihan polis atau kem tentera di seluruh negara tidak dibenarkan membuat sebarang aktiviti, latihan atau kelas yang baharu dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana ia melibatkan kumpulan yang ramai dan besar malah berisiko tinggi dijangkiti wabak COVID-19.
"Latihan di pihak polis dan tentera juga tidak dibenarkan kecuali kepada mereka yang sedang menjalani latihan (sebelum tempoh Sekatan Pergerakan Penuh), kita tidak akan menghentikan latihan mereka.
"Oleh itu, untuk sebarang kelas atau latihan yang baharu (kelas atau latihan yang akan datang) yang dilaksanakan dalam tempoh ini juga tidak dibenarkan," katanya pada sidang media selepas melawat sekatan jalan raya di Jalan Ampang hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu pelaksanaan kelas serta latihan oleh pusat latihan polis dan kem tentera.
Ditanya mengenai bilangan keanggotaan pasukan petugas pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Ismail Sabri berkata ia akan ditambah bagi memastikan tiada premis perniagaan dan perkilangan yang beroperasi secara haram dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.
"Setakat ini, seramai 13,500 pasukan petugas SOP sedia ada telah diatur gerak di seluruh negara dan kita akan tambah lagi bilangan keanggotaannya.
"Insya-Allah, pihak Angkatan Tentera Malaysia juga bersetuju untuk menambahkan bilangan keanggotaan... kita akan buat lawatan mengejut ke kilang-kilang tertentu untuk memantau (dan) yang tidak dibenarkan beroperasi, kita akan arahkan ditutup," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana ia melibatkan kumpulan yang ramai dan besar malah berisiko tinggi dijangkiti wabak COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.