awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelemahan ringgit beri impak besar kedudukan Malaysia dalam Daya Saing Dunia IMD 2024 - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
21/06/2024
07:15 MYT
Kelemahan ringgit beri impak besar kedudukan Malaysia dalam Daya Saing Dunia IMD 2024 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul ketika berucap merasmikan the Centralised Sustainability Intelligence (CSI) Solution di Bursa Malaysia hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Penurunan kedudukan Malaysia di tangga ke-34 dalam senarai Ranking Daya Saing Dunia IMD 2024 adalah disebabkan faktor kelemahan mata wang ringgit pada tahun lepas, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata berdasarkan kajian awal kementerian tersebut, isu utama yang mengakibatkan kejatuhan kedudukan negara dari tangga ke-27 adalah disebabkan penggunaan data pada 2023 untuk mengukur daya saing negara.
"Ia (laporan) berdasarkan data tahun lepas, 2023, berbanding dengan tahun 2022, jadi ketinggalan satu tahun di situ. Faktor yang mempunyai kesan paling ketara ialah kestabilan ringgit, seperti yang ditonjolkan dalam ranking," katanya selepas merasmikan the Centralised Sustainability Intelligence (CSI) Solution di Bursa Malaysia hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata kelemahan ringgit tahun lepas mempunyai pelbagai implikasi, termasuk penilaian pelaburan, produktiviti, dan kecekapan yang berkait rapat dengan nilai mata wang itu, seterusnya mencerminkan kebimbangan mengenai kestabilan ekonomi.
"Seperti yang diketahui, ringgit terjejas pada 2023, dan itu memberi kesan kepada daya saing kita, tetapi kini ringgit telah mengukuh, dan jika momentum yang sama berterusan, kedudukan itu sepatutnya bertambah baik," katanya.
"Ini adalah seiring dengan kelembapan perdagangan di seluruh dunia, tetapi tahun ini kita dapat melihat sektor itu bertambah baik.
"Kini, jumlah dagangan telah meningkat dengan ketara, kira-kira lebih 10 peratus pada Mei 2024," katanya.
Malaysia turun tujuh anak tangga untuk menduduki tempat ke-34 daripada 67 negara dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024, selepas berada di kedudukan ke-27 dalam indeks itu tahun lepas.
Di rantau Asia Pasifik, Malaysia turun empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-10 daripada 14 negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelemahan ringgit
#Ranking Daya Saing Dunia IMD 2024
#Tengku Zafrul
#kejatuhan kedudukan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan