awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelestarian sejarah, tumpuan utama Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024

Bernama
Bernama
19/09/2024
09:09 MYT
Kelestarian sejarah, tumpuan utama Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024
Konvensyen itu bertujuan menyebar luas maklumat sejarah negara kepada masyarakat dan kepentingan pembinaan negara bangsa Malaysia. - Bernama
SHAH ALAM: Kelestarian elemen sejarah sebagai tunjang pembentukan masyarakat Malaysia MADANI menjadi tumpuan utama Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024 yang bermula hari ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata konvensyen yang mengangkat tema "Menelusuri Sejarah: Membina Perpaduan Negara Bangsa" bertujuan menyebar luas maklumat sejarah negara kepada masyarakat dan kepentingan pembinaan negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan sendiri.
"Ia harus dilaksanakan dengan berpaksikan kepada kefahaman, pembelajaran serta mengambil iktibar daripada kejadian masa lampau.
"Sejarah bukan sekadar catatan masa lalu, ia adalah asas yang membentuk identiti dan semangat kita sebagai rakyat Malaysia. Melalui sejarah, kita dapat memahami perjuangan dan kejayaan yang telah membentuk negara ini," katanya dalam ucapan alu-aluan konvensyen yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebuah hotel di sini, hari ini.
Aaron berkata satu resolusi akan dihasilkan pada akhir konvensyendan dan bakal dibentangkan dalam Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) bagi merangka tindakan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
"Rangka tindakan tersebut adalah dalam hal ehwal usaha penyatuan nasional (national reconciliation) dari pelbagai sudut serta cadangan kaedah penyelesaian terbaik kepada kerajaan untuk menangani isu dan cabaran berkaitan perpaduan," katanya.
Antara agenda konvensyen selama dua hari itu termasuk sesi pembentangan kertas kerja, forum oleh tokoh berpengalaman dan pameran eksklusif dengan tema "Perjuangan Perdana Ke Arah Kemerdekaan".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sejarah negara
#perpaduan
#konvensyen sejarah dan perpaduan nasional
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan