awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelewatan PAT 2026: Doktor dibenar terus mengamal - MPM

Bernama
Bernama
03/01/2026
09:00 MYT
Kelewatan PAT 2026: Doktor dibenar terus mengamal - MPM
MPM memohon maaf atas kelewatan pemprosesan dan pengeluaran PAT bagi tahun ini, susulan peningkatan mendadak permohonan diterima. - Foto MPM
KUALA LUMPUR: Pengamal perubatan yang telah mengemukakan permohonan lengkap Perakuan Amalan Tahunan (PAT) 2026 sebelum atau pada 31 Dis lepas, namun belum menerima sijil PAT, dibenarkan mengamal tanpa sebarang tindakan dikenakan, menurut Majlis Perubatan Malaysia (MPM).
MPM dalam kenyataan memaklumkan, kertas edaran bertarikh hari ini (3 Jan) telah dikeluarkan berhubung perkara itu setelah mengambil kira jumlah permohonan tinggi yang masih diproses pada masa ini.
"Mana-mana pengamal perubatan yang telah menghantar permohonan, membuat bayaran dan mematuhi syarat Seksyen 20 Akta Perubatan 1971 dan Peraturan 28 Peraturan-Peraturan Perubatan 2017 sebelum atau pada 31 Dis 2025, namun belum menerima sijil PAT 2026 kerana masih diproses dalam sistem MeRITS, dibenarkan mengamal tanpa tindakan sehingga sijil berkenaan dikeluarkan.
"Dengan syarat pengamal perubatan berkenaan tidak tertakluk kepada sebarang sekatan, penggantungan atau larangan amalan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta Perubatan 1971," menurut kenyataan itu.
Bagi permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat, tarikh kuat kuasa PAT bermula pada 1 Jan atau mengikut tarikh perlindungan indemniti profesional dan tidak bergantung kepada tarikh kelulusan atau tarikh sijil dikeluarkan.
MPM turut memohon maaf atas kelewatan pemprosesan dan pengeluaran PAT bagi tahun ini, susulan peningkatan mendadak permohonan diterima pada penghujung tahun lepas, khususnya melibatkan permohonan dengan dokumen sokongan yang diterima lewat.
"MPM menghargai kesabaran dan kerjasama semua pengamal perubatan dan ingin memastikan langkah-langkah ini diambil bagi menjamin kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam.
"MPM juga akan mengambil langkah-langkah penambahbaikan yang sewajarnya untuk memastikan bahawa permasalahan ini tidak akan berulang pada masa hadapan," menurut kenyataan itu.
Media hari ini melaporkan mengenai kebimbangan pengamal perubatan yang masih belum menerima sijil PAT bagi tahun ini, walaupun telah mengemukakan permohonan.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Perakuan Amalan Tahunan
#PAT 2026
#lewat
#pengamal perubatan
#Majlis Perubatan Malaysia
#Doktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan