awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluar wang dari mesin ATM tanpa perlu guna kad, tawaran baharu buat pelanggan Maybank

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/05/2022
04:11 MYT
Keluar wang dari mesin ATM tanpa perlu guna kad, tawaran baharu buat pelanggan Maybank
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Maybank, bukan sahaja tidak perlu menggunakan kad, malah pilihan itu membolehkan pelanggan tidak perlu memasukkan nombor pengenalan peribadi (PIN) di mesin ATM.
KUALA LUMPUR: Tiada kad debit untuk pengeluaran wang? Setidak-tidaknya itu bukan lagi masalah bagi pelanggan Maybank apabila ia memperkenalkan pilihan mengeluarkan wang hanya dengan aplikasi MAE di mesin pengeluaran wang (ATM).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi bank tersebut, bukan sahaja tidak perlu menggunakan kad, malah pilihan itu membolehkan pelanggan tidak perlu memasukkan nombor pengenalan peribadi (PIN).
Maybank berkata, bagi mengaktifkan pilihan tersebut, pengguna perlu menekan ‘ATM cash-out’ di aplikasi MAE.
Pengaktifan itu, katanya lagi, memerlukan tempoh 24 jam sebelum boleh digunakan, dan pelanggan akan dimaklumkan sekiranya pilihan itu berjaya melalui sistem pesanan ringkas (SMS), atau ‘push notification’ dari aplikasi MAE.
Sejurus pengaktifan berjaya, pelanggan hanya perlu meluncurkan aplikasi MAE dan mengimbas kod QR di paparan skrin ATM.
Selepas itu pelanggan perlu memasukkan enam digit PIN untuk aplikasi atau sekadar mengimbas secara biometrik.
Sebaik selesai proses berkenaan, pelanggan boleh memasukkan jumlah wang yang ingin dikeluarkan, dan mengesahkan pilihan itu melalui Secure2u.
Mudah bukan? Teknologi hari ini telah banyak memudahkan urusan kita.
Topic Berkaitan
#Maybank
#pengeluaran wang
#teknologi
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan