awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Allahyarham Adib mohon Tommy Thomas 'diheret' ke mahkamah

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/07/2019
09:54 MYT
Keluarga Allahyarham Adib mohon Tommy Thomas 'diheret' ke mahkamah
MOHD ZUBIR: Permohonan itu sudah difailkan pagi tadi.
Bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas bagi memulakan prosiding komital (hina mahkamah) berhubung kes inkuiri anaknya.
Peguam mewakil keluarga Muhammad Adib, Kamaruzaman A Wahab memaklumkan perkara itu kepada Koroner Rofiah Mohammad ketika sesi prosiding inkues berlangsung pada Selasa.
Difahamkan, permohonan untuk memulakan sesi komital itu telah difailkan bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates di Mahkamah Sesyen.
"Permohonan itu sudah difailkan pagi tadi," katanya dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib, memasuki hari ke-40.
Peguam, Mohd Zubir Embong yang mewakili keluarga Muhammad Adib menjelaskan ia berhubung afidavit yang dikemukakan oleh Peguam Negara yang mengatakan kematian Muhammad Adib bukan akibat dipukul. "Inkues nak cari sebab tapi dia (Peguam Negara) dah bagi sebab terlebih dahulu sebelum keputusan Mahkamah Koroner dan perkara satu penghinaan terhadap mahkamah", katanya ketika ditemui selepas selesai sesi prosiding pada Selasa. Permohonan itu telah dihantar awal pagi selasa kepada wakil Peguam Negara dan Koroner Rofiah Mohammad turut memaklumkan kepada mahkamah untuk meneliti permohonan itu.
Topic Berkaitan
#bomba maut
#Inkues Adib
#insiden kuil
#keluarga adib
#keluarga mangsa
#mahkamah
#Muhammad Adib Mohd Kassim
#Peguam Negara
#Tommy Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan