Keluarga kepada seorang kanak-kanak lelaki yang terpotong sebahagian kemaluannya ketika bersunat berharap untuk mendapat bantuan pakar bagi melakukan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan yang terpotong.
Peguam P. Uthayakumar yang mewakili ibu bapa kanak-kanak itu, Ali Akhbar Pakkeer Mohamad dan Rodziah Abdul Razak, berkata keluarga kanak-kanak berusia sembilan tahun itu mahu tindakan segera dilakukan memandang ia satu isu yang sensitif dan melibatkan masa depan anak mereka.
"Ibu bapa kanak-kanak ini telah diminta oleh sebuah pusat kesihatan swasta untuk merujuk kepada HKL (Hospital Kuala Lumpur) memandangkan tiada pakar yang boleh menjalankan prosedur pembedahan pencantuman organ di situ.
"Jika HKL tiada kepakaran yang boleh membantu anak itu, saya memohon bantuan HKL, pusat zakat mahupun Baitulmal supaya mendapatkan pakar di luar negara seperti di Singapura untuk menjalankan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan itu," katanya kepada pemberita di HKL, di sini hari ini.
Uthayakumar berkata keadaan semakin rumit apabila bahagian kemaluan yang terpotong itu sudah bertukar menjadi kehitaman.
Bapa kanak-kanak itu, Ali Akhbar berkata pada 15 Dis lepas, ketika menjalani proses berkhatan di sebuah klinik di Jalan Ipoh, doktor yang mengkhatankan anak lelakinya itu telah terpotong bahagian depan kemaluan hingga putus dan doktor itu mengaku atas kecuaiannya.
Menurutnya doktor itu menjahit semula bahagian yang terpotong namun dilakukan secara salah dan kemudian beliau diminta doktor berkenaan untuk merujuk kepada pusat kesihatan pakar swasta yang akhirnya diminta rujuk ke HKL.
Namun, sehingga kini, katanya HKL belum memberi penjelasan mengenai keadaan anaknya itu dan tindakan yang boleh diambil untuk kes anaknya walaupun kejadian berkenaan telah berlaku lebih dua minggu.
Beliau meminta supaya HKL memberikan bantuan yang sewajarnya kerana anaknya masih kecil dan tidak mahu perkara sedemikian memusnahkan harapan dan masa depan anak kesayangan mereka.
Tambah Ali Akhbar, melalui peguamnya satu surat rasmi telah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah HKL Datuk Dr Zainiah Mohd Zain semalam bagi mendapatkan respons. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 30 2016
Pada 15 Dis lepas, ketika menjalani proses berkhatan di sebuah klinik di Jalan Ipoh, doktor yang mengkhatankan kanak-kanak terbabit telah terpotong bahagian depan kemaluan hingga putus. - Sekadar gambar hiasan
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM TIBA di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Panjat bumbung klinik kerana takut bersunat
Gambar kanak-kanak itu di atas bumbung dikongsi seorang doktor, Dr. Anik Sutari ke Facebook.
Cina pun 'masuk jawi'
Debaran berkhatan turut ditempuhi seorang lelaki berusia 31 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Alex.
Khatan sampai terputus kepala 'anu', KKM panggil kakitangan kes saman kecuaian
Remaja 18 tahun alami kecacatan kekal apabila kepala alat sulitnya terputus ketika berkhatan lapan tahun lepas.
Komplikasi berkhatan: Lesen perubatan boleh digantung jika cuai - Subramaniam
Lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian dalam melakukan prosedur berkhatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
IRIMM sedia bantu keluarga kanak-kanak terpotong kemaluan
IRIMM sedia membantu mendapatkan dana untuk menampung kos rawatan kanak-kanak berumur sembilan tahun yang mengalami komplikasi selepas berkhatan di klinik swasta.
Keluarga kanak-kanak terpotong kemaluan berharap dapat bantuan pakar
Keluarga kepada seorang kanak-kanak lelaki yang terpotong sebahagian kemaluannya ketika bersunat berharap untuk mendapat bantuan pakar bagi melakukan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan.
Polis sahkan video kanak-kanak putus kemaluan adalah benar
Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat adalah benar.