Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat menggunakan teknik pembedahan laser di sebuah klinik di Kajang hari ini adalah benar.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan mengesahkan perkara berkenaan dan telah memanggil beberapa saksi untuk merakam keterangan bagi siasatan lanjut.
"Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2016
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan mengesahkan perkara berkenaan dan telah memanggil beberapa saksi untuk merakam keterangan bagi siasatan lanjut. - Gambar hiasan
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Panjat bumbung klinik kerana takut bersunat
Gambar kanak-kanak itu di atas bumbung dikongsi seorang doktor, Dr. Anik Sutari ke Facebook.
Cina pun 'masuk jawi'
Debaran berkhatan turut ditempuhi seorang lelaki berusia 31 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Alex.
Khatan sampai terputus kepala 'anu', KKM panggil kakitangan kes saman kecuaian
Remaja 18 tahun alami kecacatan kekal apabila kepala alat sulitnya terputus ketika berkhatan lapan tahun lepas.
Komplikasi berkhatan: Lesen perubatan boleh digantung jika cuai - Subramaniam
Lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian dalam melakukan prosedur berkhatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
IRIMM sedia bantu keluarga kanak-kanak terpotong kemaluan
IRIMM sedia membantu mendapatkan dana untuk menampung kos rawatan kanak-kanak berumur sembilan tahun yang mengalami komplikasi selepas berkhatan di klinik swasta.
Keluarga kanak-kanak terpotong kemaluan berharap dapat bantuan pakar
Keluarga kepada seorang kanak-kanak lelaki yang terpotong sebahagian kemaluannya ketika bersunat berharap untuk mendapat bantuan pakar bagi melakukan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan.
Polis sahkan video kanak-kanak putus kemaluan adalah benar
Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat adalah benar.