awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga lelaki Jepun yang ditemui mati di lokap tiba minggu depan - Polis

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
09/06/2013
05:19 MYT
Keluarga lelaki Jepun yang ditemui mati di lokap tiba minggu depan - Polis
Keluarga seorang lelaki warga Jepun yang ditemui mati tergantung di dalam lokap di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya semalam, akan tiba minggu hadapan untuk menuntut mayatnya.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan.
Thaiveegan turut mengulangi bahawa tiada unsur jenayah di dalam kes itu.
“Ini adalah kes bunuh diri. Tiada unsur jenayah,” katanya dalam suatu pesanan ringkas kepada Astro AWANI.
Pagi semalam, Nobuhiro Matsushita, 33, ditemui tergantung pada palang besi pintu lokap menggunakan bajunya.
Thaiveegan berkata laporan bedah siasat yang dikeluarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya mendapati suspek mati akibat menggantung diri dan tiada sebarang kecederaan atau luka pada anggota badannya.
Pada Ahad lepas, Nobuhiro ditahan kerana membuat ugutan jenayah dengan mengacukan pisau kepada polis bantuan yang ingin menahannya kerana menceroboh sebuah setor di Monash University, Bandar Sunway.
Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan dan polis menahan remannya mengikut Seksyen 506 kerana ugutan jenayah dan di bawah 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh sehingga 17 Jun depan.
Thaiveegan berkata lelaki tersebut sebelum itu diletakkan di sel tahanan yang lain sebelum diasingkan kerana dikatakan mengganggu tahanan yang lain.
Beliau juga berkata pihak Polis sedang menunggu laporan penuh daripada pakar patologi.
“Bila sudah diterima, kita akan serahkan fail siasatan atau laporan mati mengejut ini kepada Peguam Negara untuk arahan selanjutnya," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk A.Thaiveegan
#Nobuhiro Matshushita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan