awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga main peranan penting bantu pulih ketagihan dadah - Shamsul Anuar

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
17/11/2023
07:09 MYT
Keluarga main peranan penting bantu pulih ketagihan dadah - Shamsul Anuar
Shamsul Anuar berkata, orang ramai tidak seharusnya melihat golongan itu sebagai musuh sebaliknya individu yang perlu dibantu. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
AMPANG: Institusi keluarga dan masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha membantu memulihkan penagih dadah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan, orang ramai tidak seharusnya melihat golongan itu sebagai musuh sebaliknya individu yang perlu dibantu.
Menurut Shamsul Anuar, masyarakat perlu bersama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha membantu memulihkan mereka yang terlibat dalam penagihan dadah.
"Saya percaya ramai antara mereka yang ingin kembali sebagai mana biasa, sebab itu antara perkara yang penting adalah sokongan dari institusi keluarga itu sendiri.
"Sebab itu ramai yang datang hari ini selain klien adalah ahli keluarga, ini lambang bagaimana jika institusi keluarga memberi sokongan, mereka boleh berubah.
"Saya tidak percaya kita tidak boleh lakukan yang terbaik, kita boleh lakukan yang terbaik dengan syarat ada kesungguhan, ada kemahuan, jika lakukan bersungguh-sungguh, yang sukar pun akan mudah kita lakukan," katanya ketika berucap merasmikan Hari Apresiasi Kepulihan AADK Peringkat Kebangsaan 2023.
Hari Apresiasi Kepulihan AADK Peringkat Kebangsaan 2023 bertema ‘Ketelusan dan Ihsan Demi Kepulihan Madani.
Inisiatif ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih AADK terhadap usaha semua nadi penggerak yang terlibat dalam penyampaian perkhidmatan.
Program ini diadakan selama dua hari bermula 16 November 2023 melibatkan penglibatan seramai 360 orang kumpulan sistem sokongan daripada seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Shamsul Anuar Nasarah
#KDN
#AADK
#penagih dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan