IPOH: Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pelajar yang maut akibat dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini pada Jumaat, mula dapat menerima kehilangannya.
Bapa saudara mangsa, Abdul Razak Judin, 48, berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian pelajar itu.
“Setakat ini ibu bapa dan keluarga mangsa Alhamdulillah sudah boleh menerima apa yang telah berlaku dan kita semua reda dengan pemergian arwah," katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Abdul Razak tiba di mahkamah kira-kira jam 8 pagi, bersama-sama dua saudaranya, Mohd Nizam Abdullah, 43 dan Ahmad Faizal Jaafar, 47 bagi mewakili keluarga sebagai pemerhati.
Bagaimanapun, katanya, mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia akan dilakukan peguam yang telah dilantik.
Sementara itu, pekarangan Mahkamah Majistret di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, mula dipenuhi oleh orang ramai untuk melihat apa yang berlaku.
Ekoran daripada itu, kawalan keselamatan turut ditingkatkan, termasuk memastikan kelancaran trafik di hadapan bangunan mahkamah.
Kelihatan puluhan pegawai dan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan dan kehadiran orang ramai.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Dec 18 2023
![Keluarga pelajar maut dilanggar mula terima kenyataan Keluarga pelajar maut dilanggar mula terima kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702862043_TBZarulFitrijpg.jpg)
Abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie yang tiba di mahkamah jam 8.45 pagi ditenangkan rakannya.
KPKT, MOTAC kerjasama promosi pasar sebagai produk pelancongan
Kerajaan akan mempromosikan beberapa pasar di seluruh negara sebagai produk pelancongan.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt), nga kor ming berkata, malaysia mempunyai banyak pasar awam yang berusia lebih 50 tahun yang unik dan menarik, dan boleh diketengahkan sebagai tarikan.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt), nga kor ming berkata, malaysia mempunyai banyak pasar awam yang berusia lebih 50 tahun yang unik dan menarik, dan boleh diketengahkan sebagai tarikan.
![Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737875766_tbOrangAslihilang.jpg)
Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas
Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
![Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737877605_tbmahasiswaMalaysia.jpg)
Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya
Tiga mahasiswa, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi, ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut.
![Pemandu parah, enam pelancong China cedera bas terbabas Pemandu parah, enam pelancong China cedera bas terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737878038_TBKEMALANGANSANDAKAN.jpg)
Pemandu parah, enam pelancong China cedera bas terbabas
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 17 pelancong termasuk empat kanak-kanak dari China yang telah terbabas sendiri.
!['Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang 'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737871427_tbAlpacaPestaPena.jpg)
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
![Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737875676_tbJojoeOneNation.jpg)
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
![Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737862783_ChatbotAIPerplexit.jpg)
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
![Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737085954_kerangbakteriaec.jpg)
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
![Pegawai kanan polis Mohd Nazri didakwa bunuh pelajar 17 tahun Pegawai kanan polis Mohd Nazri didakwa bunuh pelajar 17 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702865087_TBPEGAWAIKANANj.jpg)
Pegawai kanan polis Mohd Nazri didakwa bunuh pelajar 17 tahun
Mohd Nazri Abdul Razak yang berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
![Keluarga pelajar maut dilanggar mula terima kenyataan Keluarga pelajar maut dilanggar mula terima kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702862043_TBZarulFitrijpg.jpg)
Keluarga pelajar maut dilanggar mula terima kenyataan
Ibu dan bapa serta ahli keluarga Muhammad Zaharif Affendi reda dengan pemergian Allahyarham.