awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut dirempuh van Siam langgar lampu isyarat merah
[TERKINI] Bung Moktar bebas kes rasuah RM2.8 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang anggaran KDNK suku keempat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga tuntut mayat mendiang Kevin Morais di HKL Rabu ini

Bernama
Bernama
21/09/2015
05:42 MYT
Keluarga tuntut mayat mendiang Kevin Morais di HKL Rabu ini
Mayat mendiang Anthony Kevin Morais akan dibawa ke Nirvana Memorial Park di Sungai Besi pada 10.30 pagi hari yang sama bagi menjalankan upacara keagamaan.
Mayat Anthony Kevin Morais akan dituntut oleh keluarganya daripada Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, Rabu ini.
Adik bongsu Timbalan Pendakwa Raya itu, Datuk Richard Morais berkata mayat abangnya akan dibawa ke Nirvana Memorial Park di Sungai Besi, di sini, pada 10.30 pagi hari yang sama bagi menjalankan upacara keagamaan.
"Proses ujian deoksiribonukleik (DNA) sudah selesai dan kami hanya menunggu kepulangan abang saya Charles Morais dari Amerika Syarikat, yang dijangka tiba pagi esok sebelum menuntut mayat mendiang Rabu ini," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Beliau berkata mendiang akan ditempatkan di Nirvana selama empat hari bagi upacara penghormatan terakhir.
Morais merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara.
Mayat beliau ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor setelah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi berkenaan di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.
Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapuri beliau di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana.
Tujuh lelaki ditahan setakat ini sementara dua lagi suspek lelaki M.Vishwanath, 24 dan R. Dinishwaran, 22 diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Anthony Kevin Morais
#forensik
#HKL
#keluarga
#mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan