KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan sebuah kolam takungan di Lorong Maarof di sini dipercayai telah dijual untuk tujuan pembangunan apartmen mewah seperti dilaporkan dalam sebuah portal berita pada Sabtu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, kolam tersebut merupakan satu daripada enam kolam takungan banjir yang telah diluluskan untuk pembangunan seperti yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.
Menurutnya, kolam takungan itu sering kali melimpah apabila hujan lebat hingga merosakkan jalan di Lorong Maarof serta mengakibatkan Taman Bangsar dinaiki air.
"Oleh itu, DBKL perlu memberi penjelasan penuh mengenai perkara ini. Saya sukar terima kawasan yang begitu kecil boleh atau telah diberi kelulusan untuk tujuan pembangunan yang besar.
"Berdasarkan carian peta dalam talian di Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020) setakat pagi Ahad, lokasi tersebut (Lot 481350) kelihatan ditentukan kegunaannya sebagai 'Infrastruktur dan Utiliti'.
"Oleh itu, amat ganjil bila dilaporkan ia bakal menjadi kondominium mewah," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Ahad.
Menerusi laporan itu pada Sabtu, sumber DBKL mendedahkan pihak berkuasa tempatan itu telah memberikan kelulusan bersyarat projek apartmen mewah di kolam takungan banjir di Jalan Maarof, Bangsar.
Laporan itu menyebut, projek akan dijalankan di sekitar lokasi itu tanpa menutup kolam takungan tersebut.
Fahmi berkata, kolam takungan sedia ada perlu dikekalkan dan berfungsi dengan baik serta berharap lebih banyak kolam takungan dibuat untuk kegunaan apabila berlaku krisis iklim.
Pada masa sama beliau berkata, warga Kuala Lumpur perlu diberitahu status terkini perancangan tebatan banjir kilat termasuk menambah baik saliran serta kolam-kolam takungan banjir.
"Untuk hanya bergantung kepada sejumlah hotspot didirikan mungkin memadai bagi jangka masa pendek atau sementara waktu tapi apakah sebenarnya perancangan jangka masa panjang pihak berkuasa terutama bila melibatkan kawasan-kawasan yang menyaksikan pembangunan begitu pesat?
"Musim hujan lebat berterusan semakin hampir. Bukan setakat sediakan payung, tapi kita juga mesti sediakan kolam takungan dan saliran yang lebih baik sebelum hujan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 04 2022
Fahmi Fadzil berkata, kolam tersebut merupakan satu daripada enam kolam takungan banjir yang telah diluluskan untuk pembangunan seperti yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini. -Astro AWANI
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Banjir: 267 stesen pemancar telekomunikasi terjejas kembali beroperasi - Fahmi
Sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi setakat 9 pagi tadi.
Tindakan Anwar berang di luar karakter, PM sekali lagi mohon maaf - Fahmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri susulan tindakannya melepaskan kemarahan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara.