KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pegawai kedutaan Malaysia di luar negara atas sokongan dan bantuan kepada delegasi Parlimen sepanjang tugasan rasmi di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, bantuan dan perkhidmatan terbaik itu bukan sahaja memudahkan urusan Speaker dan Timbalan-Timbalan Speaker, malah semua Ahli Parlimen yang menyertai persidangan antarabangsa serta lawatan kerja jawatankuasa pilihan.
“Semoga kerjasama dan sokongan seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang demi memastikan segala urusan dan hal ehwal Parlimen Malaysia di persada antarabangsa berjalan dengan begitu lancar,” katanya.
Beliau berkata demikian sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
-- BERNAMA